Full Width CSS

PM Jadikan #Prasarana Sebagai Benchmark Kepada Syarikat Tempat Mendapat Peluang Projek Di Arab Saudi


Tersenyum jer baca RT kutukan & sindiran kepada Perdana Menteri walaupun beliau cuba berkongsi mengenai perancangan kerajaan Malaysia di Arab Saudi.

Ini salah satu tugas Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dalam membantu meningkatkan pendapatan negara melalui tawaran tenaga, servis profesional dan kepakaran kepada negara-negara yang mungkin memerlukan perkhidmatan kita.
Seperti tahun lepas dan Insyallah pada tahun seterusnya Prasarana telah diberi tanggungjawab besar oleh kerajaan Arab Saudi untuk menguruskan jutaan jemaah Haji menggunakan perkhidmatan Metro Makkah.

Prasarana merupakan syarikat pertama di dunia yang diberi peluang sepenuhnya menjadi operator perkhidmatan Al-Mashaaer Al-Mugaddassah Makkah Metro Southern Line.


Begitu juga dengan cubaan membida yang disertai Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi ke Jeddah baru-baru ini dengan tujuan menawarkan perkhidmatan selaku pengendali di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di sana.

Bahkan negara kita kini telah menjadi pengendali di lapangan terbang di Istanbul dan Hyderabad. Tidak terkecuali Malaysia juga pernah diberi kepercayaan oleh kerajaan India untuk membangunkan sistem transit Mumbai Monorail. Begitu juga dengan kerja-kerja menaiktaraf pembangunan Kota Mekah dan bandaraya Dubai.

Jika nak diikutkan banyak lagi perkhidmatan yang telah kita lakukan di seluruh dunia.

Pendapat yang mengatakan negara kita bakal bankrap dan Perdana Menteri tidak buat kerja dan hanya makan gaji buta atau hanya sekadar mendapat 'derma' dari negara asing adalah tidak tepat.

Kita ada kerja kita dan Perdana Menteri ada tugas beliau. Kita buat kerja kita dan beliau buat kerja yang telah diamanahkan rakyat, barulah ekonomi negara berkembang dengan baik.

Post a Comment

0 Comments