Tuesday, March 22, 2016

Razlan Rafii Dakwa SUB KBS Telah Lama Buat Kerja Kotor Ini


Penahanan Setiausaha Bahagian (SUB) di Kementerian Belia & Sukan (KBS) seharusnya dilihat sebagai kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelesaikan masalah salahguna dana kerajaan untuk belia.

Bukan mudah untuk menyiasat salah laku. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah berakar umbi mengetahui selok belok proses menguruskan dana.
Pelik juga ramai musuh politik yang mengambil kesempatan sehingga menyuruh Khairy Jamaluddin (KJ) meletakkan jawatan.

Walhal seperti yang dimaklumkan oleh SPRM, orang ini begitu licik dan dakwaan SPRM, kejadian salahguna sudah dilakukan pada tahun 2010 lagi dan pada waktu itu bukan KJ yang jadi Menteri.

Seeloknya fokus kepada kejayaan penangkapan ini dan KBS selesaikan proses menguruskan dana belia ini dengan baik. Sekiranya tak selesai, Belia juga yang akan terbantut pembangunan dek tidak ada program.


Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

1 comment:

  1. Halimunan juga dgn KBS ini. Audit Dalaman tak jumpa perkara2 yg menyalahi SOP. Jabatan Audit pun mata penuh katarak. See nothing hear nothing.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...