Full Width CSS

#TeksiMini Basmi Sikap Pemandu & Isu Semasa Teksi Terlebih Dahulu !! @AKaprawi


Saya terbaca kenyataan daripada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi mengenai cadangan memperkenalkan 'Teksi Mini' yang sekarang ini masih di peringkat kajian oleh SPAD. Teksi Mini dikatakan bakal beroperasi untuk jarak perjalanan yang pendek dan singkat.

Menurut Aziz Kaprawi, penggunaan teksi tersebut umpama perjalanan daripada stesen LRT ke rumah pengguna atau dalam erti kata lain dalam pemahaman saya mungkin untuk perjalanan dalam bandar dan anggaran perjalanan teksi mini ini mungkin tidak akan meliputi jarak melebihi 50 km.


Tambah beliau lagi, cadangan ini untuk memberikan orang ramai pelbagai pilihan untuk diambil selain perkhidmatan teksi sedia ada, Grabcar dan Uber. Benar memang rakyat diberikan pelbagai pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diingini.

Sebagai pengguna dan pemerhati, saya percaya rakyat tak kisah apa jenis teksi yang ditawarkan dan berapa kadar tambang yang dikenakan sebenarnya.

Namun ada perkara pokok yang perlu ditangani oleh pihak kerajaan melalui SPAD.

Pemandu teksi tidak berhemah / kurang sopan dan pelbagai lagi.

Boleh dikatakan daripada 10 pemandu teksi, hanya 1 hingga 2 pemandu saja yang benar² mematuhi segala etika yang ditetapkan agensi penguatkuasaan. Dari segi pemakaian sehinggalah keseluruhan kereta. Selebihnya tidak beretika dan sering merosakkan imej negara kepada pelancong dalam & luar negara.


Itu belum mengambil kira sikap pemandunya yang sengaja memberi gambaran negatif terhadap pemimpin negara dan kerajaan sedia ada hari ini. Setiap kali naik teksi, sering digembar gemburkan isu politik semasa dan pelbagai lagi masalah negara dijaja di dalam teksi.

Termasuk juga dengan sikap sesetengah pemandu teksi yang sengaja tidak mahu menggunakn meter atas pelbagai alasan termasuk juga kononnya meter rosak dan kehabisan resit. Belum campur lagi kisah berkongsi teksi bersama penumpang lain. Perkhidmatan teksi sepatutnya cepat, dah jadi macam teksi sapu. Semua hal ini berdasarkan pengalaman saya yang sering kali menggunakan perkhidmatan teksi dari LRT ke rumah.

Saya berpendapat, tak kira apa jenis teksi sekali pun, kerajaan wajib tegas terhadap golongan yang bakal dan sedia merosakkan imej negara. Kerajaan berkuasa menganugerahkan permit dan kerajaan juga mempunyai hak menggantung atau membatalkan permit teksi sekiranya keadaan menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak tegas sedemikian.

Selepas kerajaan berjaya mengawal semua perkara² berbangkit ini at least 70%, barulah bertindak ke peringkat seterusnya memikirkan mekanisme terbaik untuk memberikan perkhidmatan teksi lain kepada rakyat.

Saya fikir penggunaan teksi mini perlu dibuat banyak kajian untuk mencapai tahap yang memuaskan kedua² belah pihak antara penyedia dan pengguna. Nanti saya tulis lagi mengenai hal teksi mini.



Post a Comment

0 Comments