Full Width CSS

Tiada Mesyuarat MT UMNO Petang Ini !


Tiada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk membincangkan status keahlian Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Ahli MT UMNO, Tan Sri Annuar Musa, yang menafikan hal itu berkata tiada perancangan di peringkat kepemimpinan tertinggi parti untuk mengadakan mesyuarat berkenaan. 

"Tiada... mesyuarat MT tiada hari ini. Kita sudah ada jadual bila mesyuarat MT," katanya kepada sidang media, di sini, tadi. 

Awal pagi tadi, media menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp, kononnya ahli MT UMNO akan bermesyuarat jam 4 petang ini di Menara Dato' Onn, bagi membincangkan status keanggotaan Mukhriz dan Muhyiddin.

Sumber : Berita Harian

Post a Comment

1 Comments

  1. kalu dia org dah tak boleh bersama dgn perjuangan umno keluar lah dgn cara terhormat, jgn tunggu dipecat. mcm yg aku tulis dulu, sekali dia org ni bersekongkol dgn dap, sampai mati aku tak akan percaya dgn dia org lagi, hilang respect aku kat dia org

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..