Full Width CSS

[Video] Prasarana Jawab Dakwaan Tidak Adil Terhadap Program 'CEO Celebrity Walkabout 2016' @AzmiAziz60 #RapidKL


Kecoh dunia seketika apabila ada pihak (bukan RapidKL) tersalah quote waktu puncak bagi perkhidmatan LRT RapidKL pada waktu 11 pagi sehingga 2 petang. Realitinya dalam laman media sosial, sekali tersilap buat kesilapan maka seharian atau seminggu sesuatu perkara itu akan kena troll (perli berpanjangan) oleh netizen.

Inilah yang berlaku apabila pihak Prasarana telah menganjurkan program 'CEO Celebrity Walkabout 2016' baru² ini yang mendapat perhatian agak hambar daripada sebilangan pengguna media sosial terutamanya di Facebook yang melihat dari sudut lain.

Terdapat netizen, portal dan pihak media yang mengkritik usaha murni yang fokusnya lebih terarah kepada cubaan pihak Prasarana memberi pengalaman kepada CEO² syarikat merasai sendiri menaiki pengangkutan awam seperti mana digunakan oleh pekerja² mereka berulang alik dari rumah ke tempat kerja setiap hari.

Kesilapan penulis artikel di atas ini, dia sengaja buat² tak faham 'waktu puncak' yang sebenar
dan hanya copy bulat² kot hehe.

Ada pihak berniat jahat, hanya print screen suku daripada artikel penuh menyebabkan ianya menjadi bahan gurauan di laman media sosial hari ini. Jika pembaca lihat sehingga habis artikel, mereka pasti tahu sumber berita tersebut datang daripada mana.

Klik sini artikel penuh di The Malaymail Online dan lihat sumber berita daripada siapa - http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/lapan-vip-merasa-naik-lrt-waktu-sesak

Namun melihat kepada perkembangan tidak sihat di dalam media sosial, pihak Prasarana tampil membuat kenyataan berhubung dakwaan kononnya pihak syarikat tidak tahu waktu puncak sebenar dan hanya menganjurkan program sekadar 'ada' sahaja.

We wish to clarify the following:

1. The photo used in the article was not that of KL Sentral station in which the Kelana Jaya Line LRT service passes by. The photo posted was that of the Ampang Line LRT service and the photo was likely taken when the service encountered disruption during peak hours.

2. While our LRT services do encounter service disruptions, as with any other rail services in the world, we have diligently maintained a service reliability rate of 99.7% over the past years.

3. We have posted online to clarify that the period between 11am and 2pm is not deemed peak hours as reported by several media. Our regular peak hours are between 7am and 9am and 5pm and 7pm.

4. The intention of the LRT ride on Thursday was to give the corporate leaders an opportunity to experience taking the public transport in an effort to encourage the culture within their organizations and the public in general, as well as to obtain their feedback for further improvement.

5. Prasarana Malaysia Berhad has put in much effort to continually enhance the public transport infrastructure and to promote the use of public transport services, particularly in Greater Klang Valley, as part of the aspiration to mitigate traffic congestions, particularly during weekday, peak hours.

6. We hope that more people in the Klang Valley would benefit from the opening of the LRT Line Extension Project in end June 2016 in which the Kelana Jaya Line and Ampang Line LRT services would be extended to cover the areas of Subang Jaya, USJ, Bandar Kinrara, and Puchong up to Putra Heights.

7. We also look forward further developing the LRT infrastructure in the Klang Valley with the development of LRT3 which covers the areas between Bandar Utama, Shah Alam, and Klang.

8. We thank you and your readers for the constructive feedback and look forward to having the support from you and your readers as we continually improve on our systems and services.


Thanks and best regards,
LIM JIN AUN
Head
Group Communications and Strategic Marketing




Pelik pula bila penulis artikel untuk berita yang sama daripada Berita Harian, boleh nampak 'kesilapan' dan mengabaikannya. Rujuk sini - http://www.bharian.com.my/node/134602

Video yang dirakamkan oleh Berita Harian seperti di bawah ini memberi gambaran yang sebenar kepada sedikit keberhasilan yang dialami sendiri oleh Pengarang Urusan Kumpulan The News Strait Times Press (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid.

"Saya ini (perkhidmatan LRT) cukup efisyen dan senang untuk bergerak ke satu tempat ke satu tempat. Tak payah melalui jem (kesesakan) apa semua dah dan mungkin selepas ini saya akan naik lebih keraplah LRT sebab murah dan juga cukup selesa," katanya mengakui sendiri setelah merasai pengalaman menaiki LRT Kelana Jaya Line dari KL Sentral ke KLCC.

Menurut Datuk Azmi Abdul Aziz CEO Kumpulan Prasarana, beliau melihat konsep menggunakan pengangkutan awam wajar digunakan oleh seluruh peringkat rakyat dan bukan hanya untuk sekelompok masyarakat.

"Ianya bukannya hanya diguna oleh segelintir kelompok masyarakat tetapi daripada CEO syarikat² besar sampailah pekerja bawahan. Semuanya menggunakan pengangkutan awam dan ini merupakan aspirasi kerajaan untuk menggalakan penggunaan pengangkutan awam untuk semua rakyat Malaysia," ujarnya.

Beliau juga yakin trend penggunaan pengangkutan awam akan bertambah baik daripada semasa ke semasa.


Pendapat peribadi saya amat mudah. Sekiranya bos saya merasai sendiri pengalaman menaiki LRT setiap hari dan beliau pasti akan kagum dengan semangat staf² nya yang terpaksa berhimpit² dalam LRT untuk berulang alik ke tempat kerja.

Mungkin beliau akan lebih terharu sekiranya merasai sendiri pengalaman dibasahi hujan dan berada dalam keadaan serba salah nak naik LRT atau tunggu sehingga pakaian kering sebelum menaiki pengangkutan awam ini.

Daripada pengalamannya itu akan membuatkan beliau lebih menghargai setiap sumbangan staf di bawah seliaannya. Apabila bos memahami kita, lebih mudah kita bekerja untuk memajukan syarikat. Mungkin ini yang cuba disampaikan oleh Prasarana.

Post a Comment

3 Comments

  1. BRO BERNAMA BUAT MISTAKE LAH

    ReplyDelete
  2. Bernama yg sebarkn benda salah. Kesihan Rapid

    ReplyDelete
  3. Mustahil agensi berita nasional BERNAMA buat silap. Aku tak percaya.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..