Full Width CSS

Yakin Dengan PM, Pelabur China Labur US$2 Bilion Untuk Bandar Malaysia #RespectMyPM @NajibRazak


Dakwaan kononnya ekonomi Malaysia semakin merundum jatuh mutakhir ini, amatlah tidak benar. Indeks petunjuk pencapaian ekonomi Asia baru² memperlihatkan Malaysia dan Jepun merupakan negara terawal pulih daripada kesan ekonomi serantau yang melanda Asia awal tahun ini.

Yakin dengan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin positif, syarikat multinasional China Railway Group Ltd (CREC) mengumumkan pelaburan sebanyak US$2 bilion (RM8.14 bilion) untuk mempunyai pejabat serantau di Bandar Malaysia.
Berita rasmi ;

Komitmen pelaburan sebanyak US$2 bilion (US$1 = RM4.07) daripada China Railway Group Ltd (CREC) di Bandar Malaysia, akan membawa kepada lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebagai syarikat multinasional utama, keyakinan CREC terhadap Bandar Malaysia sebagai pelaburan yang berharga, mendasari keyakinannya kepada ekonomi Malaysia.

Najib berkata CREC bertindak sebagai penggerak pertama yang mengagumkan di Bandar Malaysia dengan komitmen US$2 bilion yang akan menarik syarikat antarabangsa lain, ramai daripada mereka sudah menyatakan minat terhadap pembangunan berkenaan.


"Kami yakin perkembangan ini akan membawa sejumlah besar pelaburan asing ke Malaysia, bermula dari pelaburan ini US$2 bilion oleh CREC, yang sendiri komited untuk membawa lebih banyak pelaburan ke Bandar Malaysia," kata Najib sebelum menandatangani plak menandakan komitmen CREC untuk mempunyai pejabat serantau di Bandar Malaysia di sini.

CREC Presiden Zhang Zongyan sebelum ini mengumumkan syarikat itu akan melabur US$2 bilion untuk membina pusat serantaunya di Bandar Malaysia.

CREC merupakan antara firma kejuruteraan dan pembinaan terbesar di dunia, dan juga mempunyai perniagaan, antara lain, dalam industri pembuatan, pembangunan hartanah, dan sumber-sumber dan produk mineral.

Setakat 2015, syarikat itu berada pada kedudukan ke-71 dalam Fortune 500, dengan perolehan melebihi US$100 bilion setahun.

"Syarikat seperti CREC bergerak pantas, jadi kita perlu bertindak balas seiring," kata Najib.


Ini adalah salah satu bukti pelabur asing masih yakin dengan keadaan ekonomi negara dan percaya akan impak positif daripada secara tidak langsung ia memperlihatkan kepercayaan pelabur asing terhadap kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, CREC turut memberitahu bahawa lebih 10,000 peluang pekerjaan diwujudkan hasil daripada pelaburan syarikat tersebut.

#KekalNajib

Post a Comment

0 Comments