Thursday, April 21, 2016

15 Individu Disasat Di Bawah OSA Mulai 2010 - 2015 (Tak Termasuk Rafizi)


Sebanyak 15 individu telah disiasat kerana membocorkan rahsia rasmi kerajaan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 sejak 2010 hingga tahun lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, empat individu telah dituduh di mahkamah.

"Dua individu dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Perak dan kes masih dalam perbicaraan manakala dua lagi individu dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan namun dilepas dan dibebas pada 16 April tahun lalu.

"Rayuan telah difailkan oleh pihak pendakwa atas keputusan tersebut dan perbicaraan rayuan ditetapkan di Mahkamah Tinggi Seremban pada 25 Mac dan 7 April tahun ini," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr Johari Mat yang ingin tahu jumlah individu yang disiasat dan didakwa kerana membocorkan rahsia rasmi kerajaan sejak OSA 1972 diluluskan di Parlimen.

Azalina berkata walaupun pada masa ini dilihat banyak insiden pembocoran rahsia kerajaan, namun teknologi maklumat menjadi satu cabaran besar susulan akta yang diguna pakai pada masa sekarang tidak merangkumi kebocoran maklumat melalui teknologi maklumat.

Katanya Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) mempunyai cabaran berat dalam mengumpul maklumat jika maklumat atau rahsia kerajaan dibocorkan melalui aplikasi teknologi.

"Jika ada kes ambil gambar maklumat melalui aplikasi WhatsApp dan menyebarkannya, individu itu boleh katakan telefonnya dipakai oleh orang lain, begitu juga jika maklumat dipadam, kita perlu minta bantuan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk dapatkan semula maklumat itu, ini cabaran-cabaran yang perlu kita depani," katanya.

Justeru, katanya perlu ada pindaan dan perubahan dalam akta sedia ada supaya perlindungan maklumat dan rahsia kerajaan diletakkan di tempat lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...