Monday, April 25, 2016

Fakta Anda Perlu Tahu Penamaan Calon #PRNSarawak #TeamAdena #BarisanNasional


FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI HARI PENAMAAN CALON PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK (25 APRIL 2016)

1. DUN Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula, yang menyaksikan tambahan 11 kerusi baru.

2. PERDANA MENTERI dan Ketua Menteri Sarawak menunaikan Solat Hajat sebelum berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon N.3 Tanjung Datu.

3. DUA calon BN telah menang tanpa bertanding di N.82 Bukit & N.79 Bukit Kota.

4. PERTEMBUNGAN 5 penjuru di 5 DUN.

5. PERSAINGAN 4 penjuru di 12 DUN

6. PEREBUTAN 3 penjuru di 28 DUN

7. PERTEMUAN satu lawan satu di 35 DUN.


8. PERTIKAMAN sesama Pakatan Pembangkang melibatkan di 17 DUN di PRN Sarawak kali ini.

9. BN akan bertanding di 80 DUN, PKR (40 DUN), DAP (31 DUN), Parti Amanah Negara (13 DUN), PAS (11 DUN), STAR (11 DUN), PBDS Baru (5 DUN) selebihnya 35 calon Bebas.

10. KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem akan menentang calon daripada PKR di N3 Tanjung Datu.

11. SPR merekodkan penjualan 971 kertas pencalonan sehingga 22 April lalu dengan Kuching merekodkan 124 kertas pencalonan dijual.

12. SEBANYAK 230 kertas pencalonan dikemukakan namun dua calon menang tanpa bertanding dan kertas pencalonan bagi dua calon lain ditolak.

13. CALON termuda berumur 25 tahun dan calon paling tua berusia 73 tahun.

14. CALON BN, Gerald Rentap dan Allan Siden akan bertanding di kawasan yang disandang bapa masing-masing, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk Gramong Juna, selama sembilan penggal.

15. DUA Ahli Parlimen yang bertanding kali ini ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga (MP Betong) dan Tan Sri William Mawan (MP Saratok).

UNDI BARISAN NASIONAL

Sumber : REZQEEN HILL

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...