Wednesday, April 27, 2016

Ketua Polis Negara Keluarkan Arahan Tangkap Pesalah Di Twitter @KBAB51


Lelaki ini sengaja mencetuskan rasa kurang senang umat Islam di sini apabila sengaja membuat provokasi kecaman terhadap orang² Muslim.

Membaca postingnya membuatkan kita sebagai umat Islam tercabar kerana kebiadapannya yang seolah² tidak memahami rukun hidup secara harmoni setelah puluhan tahun lamanya. Pokok pangkalnya adalah mengapa sengaja mencetuskan provokasi melampau?

Saya percaya tindakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menggerakan pasukan dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menangkap individu ini sebagai langkah awal mengelakkan sesuatu perkara tak diingini berlaku.

Syabas atas respon pantas KPN. Tetapi seperkara yang bakal berlaku kelak apabila tangkapan telah dibuat, kemungkinan besar pelbagai alasan yang akan diterima oleh pihak PDRM semasa soal siasat dilakukan.

Sebagai contoh kenyataan yang mungkin biasa kita dengar adalah..

"Saya tak bersalah.."

"Akaun Facebook saya telah digodam dan saya tak tahu menahu mengenainya.."

Saya percaya pihak PDRM ada cara terbaik menyiasat isu² sebegini. Namun paling utama, apa yang rakyat mahukan adalah tindakan perlulah adil dan pastikan siasatan ini menyeluruh berdasarkan posting² sebelum ini dan pergaulannya sesama orang² di sekeliling.

Kerana kita sebagai rakyat yang cintakan keharmonian, tidak mahu perkara ini terus berulang dan provokasi terhadap kaum tetap terus berlaku sehinggakan boleh mencetuskan perbalahan di antara agama. Walhal perkara ini sepatutnya tidak berlaku lagi di zaman serba moden.

Harapan kepada pihak PDRM, mohon siasat sebaik mungkin demi kebaikan semua pihak terutama rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian.

Sumber : REZQEEN HILL

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...