Full Width CSS

Semakin Hari Semakin Dekat Jer Dengan LRT #RapidKL


Walaupun nama rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT) ini RapidKL tetapi jarak perjalanannya meliputi dua buah negeri Kuala Lumpur dan Selangor. Di mana kedua² buah negeri ini termaktub dalam lingkungan kawasan Lembah Klang.

Dengan kewujudan rangkaian LRT di sini, ianya sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada landskap sosio ekonomi sekitar.

Dahulu mungkin penduduk di dalam dan pinggir Kuala Lumpur saja yang menikmati kemudahan pengangkutan awam ini dengan rangkaian jarak perjalanan pada pertengahan dan penghujung tahun 90-an sekitar 50 kilometer dan sebanyak 40 buah stesen bagi aliran Ampang (dikenali STAR) dan aliran Kelana Jaya (dikenali PUTRA).


Hari ini keadaannya telah berubah sama sekali. Transformasi pengangkutan awam yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak menerusi pembentangan bajet saban tahun dilihat benar² mengutamakan keperluan rakyat dalam menuju era kemodenan.

Realitinya perkhidmatan LRT sehingga kini (April 2016) boleh dinikmati di kawasan berkepadatan penduduk seperti di Puchong dan sekitarnya. Bukan saja membawa LRT lebih dekat kepada penduduk, namun penyambungan laluan tren mengikut fasa ini lebih bertujuan menangani masalah pengangkutan awam yang membebankan kehidupan pengguna yang mendiami kawasan ‘Greater Kuala Lumpur’.


Untuk info, Greater Kuala Lumpur  ini meliputi kawasan seluas 279,327 hektar iaitu bermula dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Kajang, Klang, Sepang dan Selayang.

Transformasi pengangkutan awam hari ini diyakini dapat memberi kesan positif berlipat kali ganda yang bakal diperoleh pengguna apabila siap projek My Rapid Transit (MRT) yang dikini juga sedang dibangunkan. Disamping itu juga, pertambahan pengangkutan awam LRT & MRT bakal mengurangkan pelepasan bahan pencemar daripada kenderaan serta menyelamatkan nyawa dan menjimatkan peruntukan kebajikan kesihatan.

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menjalankan kajian di Austria, Perancis dan Switzerland. Kajian seumpama itu membuktikan usaha mengurangkan pencemaran menerusi sistem pengangkutan awam yang efektif dapat memberikan impak positif kepada negara iaitu menyelamatkan nyawa, alam sekitar dan memberikan manfaat ekonomi.

Masalah kesesakan yang tinggi akan dapat dikurangkan sekiranya pengguna pengangkutan awam menggunakan sistem pengangkutan awam dengan sepenuhnya sesuai dengan sasaran negara untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.

Sistem pengangkutan awam di Malaysia boleh dikatakan setanding dengan negara-negara maju. Oleh itu, menjadi tanggungjawab syarikat yang mengendalikan perkhidmatkan ini terus mengekalkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan agar manarik minat pengguna menggunakannya.


Antara kelebihan atau kebaikan penggunaan pengangkutan LRT di bandar besar menurut blog Kelip-Kelip Contest ialah :

1. Jimat masa / cepat.

Pengangkutan LRT dapat menjimatkan masa kerana kelajuannya berbanding pengangkutan awam lain. Contohnya, Bullet Train di Tokyo, Jepun bergerak selaju 200 km/jam.

2. Cekap / tepat masa.

Sistem pengangkutan LRT juga berjadual. Sudah tentu sistem pengangkutan LRT ini lebih cekap berbanding pengangkutan awam lain yang tiada jadual tetap. Oleh sebab itu, perkhidmatan LRT ini lebih efisien/cekap dan menjadi pilihan orang ramai di bandar-bandar besar.

Mereka tidak perlu membazirkan masa menunggu LRT, tidak seperti pengangkutan bas yang tidak tentu masa ketibaannya!

3. Selesa.

Berbanding dengan pengangkutan awam lain, pengangkutan LRT lebih selesa kerana berhawa dingin dan kerusi penumpangnya juga berkhusyen. Laluan untuk penumpang berdiri juga lebih luas dan disediakan tempat pemegang yang selesa.

4. Kurang pencemaran udara / Guna elektrik.

Pengangkutan LRT juga merupakan pengangkutan yang mesra alam. Pengangkutan LRT ini digerakkan dengan tenaga elektrik. Oleh itu, tiada pencemaran udara. Berbanding dengan pengangkutan awam lain seperti bas berlaku pencemaran udara kerana asap hitam yang dibebaskan oleh ekzosnya.

5. Ramai penumpang.

Pengangkutan LRT juga boleh membawa penumpang yang ramai pada sesuatu masa. Gerabak penumpangnya lebih besar berbanding sebuah bas! Sudah tentu pengangkutan LRT boleh membawa ramai penumpang dalam satu-satu trip perjalanannya.

6. Jimat guna tanah.

Nilai tanah di bandar besar amatlah tinggi. Namun pembinaan landasan LRT di ruang atas (landasan atas) dapat menjimatkan penggunaan tanah di Kuala Lumpur. Manakala di Tokyo, Jepun, landasan LRTnya di bina di bawah tanah menggunakan terowong kerana negara Jepun ini kekurangan tanah pamah dan bentuk muka buminya juga bergunung ganang dan berpulau.

7. Kurang kesesakan jalan raya / lalu lintas.


Salah satu tujuan pembinaan pengangkutan LRT di bandar besar ialah untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas di jalan raya dapat diatasi terutama pada waktu puncak iaitu pada jam 8 pagi dan 5 petang. Kebanyakan pekerja menggunakan perkhidmatan LRT untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.

8. Tarikan pelancong.

Oleh kerana perkhidmatan LRT ini hanya terdapat di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Tokyo di Jepun, ramai pelancong ingin mencuba perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini telah menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong dalam negara atau pun pelancong luar negara.

9. Mobiliti buruh.

Majoriti pengguna LRT merupakan golongan pekerja. Secara tidak langsung perkhidmatan LRT ini telah meningkatkan mobiliti buruh dari seluruh pelusuk bandar besar untuk menggunakannya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Sistem pengururan pengangkutan rel di Malaysia mungkin boleh ditambah baik dengan menimba dari syarikat JR jepun.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..