Tuesday, May 17, 2016

Hari Ini Dalam Sejarah - 17 Mei 1956


Beberapa bahagian kecil Undang-undang Tanah tahun 1956 ini telah dipinda melalui Undang-undang (Pindaan) Kemajuan Tanah tahun 1957 dan melalui Undang-undang (Pindaan) Kemajuan Tanah tahun 1958.

Umumnya maksud undang-undang ini dilaksanakan ialah supaya, kerajaan-kerajaan negeri menyusun rancangan-rancangan kemajuan tanah. Menubuhkan badan-badan atau lembaga-lembaga yang ditugaskan menjalankan rancangan-rancangan itu secara bersendirian atau dengan pertolongan Kerajaan Persekutuan.
Peranan LKTP pula ialah menyalurkan bantuan kewangan bagi rancangan-rancangan yang diluluskan itu dan tidak terkecuali daripada membuat rancangan-rancangan kemajuannya sendiri.

Undang-undang Kemajuan Tanah 1956 telah banyak menyumbang dalam menyokong LKTP memajukan tanah dan penempatan dalam negara sejak negara mencapai kemerdekaan yang hampir seusia dengan penubuhannya.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...