Full Width CSS

Husam Musa Menangis Tatkala Dirinya Dipecat Dari PAS #PadanMuka

BULAN REJAB & MASA DEPAN PERJUANGAN SAYA

Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.

Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.
Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu.

Di tahun 1982, saya menyertai Pas dan seperti kebanyakan anak muda mana jua - dulu dan kini - mereka serahkan se penuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara.

Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran. Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun.

Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang.

Namun, saya hanya insan kerdil.

Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati.

Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.

Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.

Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.

Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya.

Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya.

Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok.

Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini.

Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.


Sekian. Terima kasih.


Husam Musa
Jumaat
28 Rejab 1437
6 Mei 2016


PAS Pecat Husam Musa - klik sini

Post a Comment

5 Comments

  1. Sudah2 lah si baruah dapigs penjilat tohkong nih. Perjuangan Islam kepala hotak kambing dia! Berok belaan cinapek ni hanya memperjuangkan kehendak Tuan Besar cinapek dan puak2 liberal yang sering menghina Islam.
    Husam is a fucking hipokrit! Kalau dapigs suruh dia makan taik pun si laknat ni akan makan taik! Begitu taksubnya baruah dapigs ni kepada Tuan Besar dapigs nya.

    ReplyDelete
  2. ko saper nak samakan diri ko dengan Rasul ..??
    memey la ado hikmah mu keno pecat ...
    muhasabah diri .. pikir balik amanah rakyat yg ko dah janji nak tunaikan dulu ... pikirkan balik hasil jualan balak yg dah jadi darah daging ... jangan lupa time seronok sakan waktu di China dulu

    ReplyDelete
  3. MENANGIS KONON!!!! DOK HANTAM PAS TAK BENTI2, KENA PECAT MENANGIS KONON HAHAHA

    BOLEHLA JOIN PARTI BARUAN DAP, AMANAH.....JOIN MAT SABUN

    ReplyDelete
  4. Hikmahnya supaya awak muhasabah diri. Pergilah ke mana-mana gua yang bercambah dalam negara ini. Siapa kita yang mendayu-dayu minta orang kenang jasa kita.

    Orang pun nampak apa kita buat apa kita cakap. Moleklah jadi penghuni gua dari penghuni Sg. Buluh.

    ReplyDelete
  5. Al-Ĥadīd:20 - Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..