Full Width CSS

Kejadahnya China Tambah Infrastruktur Di Kepulauan Spratly


Sumber risikan Pentagon melaporkan bahawa China sedang menambah infrastruktur ketenteraan tambahan termasuk memasang sistem pengawasan di Pulau buatan di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Menurut Pentagon, langkah China itu dilihat seperti mahu menjadikan pulau berkenaan sebagai pengkalan tentera untuk jangka panjang.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam laporannya menyatakan pihak berkuasa China juga telah menambak kira-kira 1300 hektar tanah di kepulauan berkenaan sejak dua tahun yang lalu.

China, Taiwan dan negara-negara ASEAN - Filipina, Malaysia, Vietnam dan Brunei, terlibat dalam tuntutan bertindih mengenai pemilikan dan penguasaan kepulauan itu di Laut China Selatan yang kaya dengan sumber, dalam konflik yang berlarutan selama beberapa dekad.


Sewajarnya isu kepulauan Spratly ini diselesaikan antara negarà-negara terbabit sahaja. Percubaan Amerika untuk menyuntik kebimbangan dikalangan negara ASEAN boleh mencetuskan konflik ketenteraan yang sememangnya kita ingin elakan.

Post a Comment

0 Comments