Full Width CSS

Kerjasama #Prasarana & KBS Permudah Belia Menjadi Kapten Bas @Khairykj @azmiaziz60


Tidak dinafikan di dalam dunia hari ini, hanya ada sebuah kerajaan saja yang benar² membantu dan mendahulukan rakyat dari pelbagai segi semenjak lahir sehinggalah dewasa dan bekeluarga. Inilah kerajaan Malaysia yang tanpa henti² menawarkan pelbagai bentuk insentif, bantuan dan program untuk memastikan rakyat mampu hidup dengan berdaya saing.

Sebuah program khas telah dimeterai antara syarikat pengendali sistem pengangkutan awam terbesar dan terbaik di sini iaitu Prasarana Malaysia Berhad serta Kementerian Belia & Sukan (KBS). Program yang diberi nama BootCamp Kapten Bas 2016 merupakan program perintis antara bagi memastikan golongan belia mempunyai peluang bekerja secara tetap dan berkemahiran.

Menjadikan kerjaya Kapten Bas sebagai karier adalah matlamat utama program ini selain membantu mana² belia yang tidak bernasib baik dalam mencari peluang pekerjaan.


Menurut Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaluddin, bootcamp akan berlangsung selama tiga tahun dan beliau berharap anak-anak muda khususnya belia dapat memanfaatkan program ini dan sekali gus dapat mengurangkan pengangguran di kalangan mereka.
Untuk info, berikut antara kriteria yang diperlukan dan melayakkan seseorang belia mengikut program bootcamp ini ;


Dalam masa yang sama juga, bootcamp menyediakan pelbagai kemudahan dan faedah kepada peserta² yang serius menjadi kerjaya Kapten Bas sebagai satu objektif untuk berjaya, antaranya ;



Ini adalah peluang terbaik untuk belia mencabar diri dan membuktikan bahawa kerjaya sebagai Kapten Bas sebagai satu karier yang baik dan dalam masa yang sama boleh menambah kemahiran pada diri sendiri. 


Dua (2) sebab kenapa anda akan merasa rugi jika menolak peluang menjadi Kapten Bas ;

1. Anda tidak dapat merasai pengalaman memandu bas secara simulator dengan keadaan persekitaran sebenar seperti memandu dalam pelbagai cuaca di Bukit Bintang atau di kawasan padat kenderaan, Bandar Sri Permaisuri dan lain² tempat. Baca sini.

2. Anda mungkin merasa rugi apabila tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam kursus yang disediakan di Akademi Bas dan pulang dengan segulung Sijil / Diploma. Baca sini.


Maklumat lanjut, sila berhubung dengan Jabatan Belia & Sukan berhampiran anda.

Post a Comment

0 Comments