Thursday, May 26, 2016

Petronas Nafi Berunding Jual Aset Pada Rusia #TolakFitnah


Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menafikan firma itu sedang berundingan dengan syarikat dalam industri yang sama dari Rusia, Zarubezhneft untuk menjual aset-asetnya.

Petronas “Petronas merujuk kepada beberapa laporan media baru-baru ini yang berpunca dari Rusia mengenai rundingan penjualan ‘aset-aset’ dan ‘kepentingan’ tertentunya.“Kami ingin menjelaskan bahawa Petronas tidak pernah, dan pada masa ini tidak, berbincang dengan mana-mana pihak di Rusia untuk tujuan seperti yang disebut di atas.” kata Petronas dalam kenyataan hari ini.

Ia sebagai maklum balas ekoran laporan oleh agensi berita Rusia, Tass, pada Jumaat lalu, yang memetik Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak yang mengatakan Zarubezhneft berminat dengan aset-aset Petronas.

“Zarubezhneft menunjukkan minat dalam mengkaji aset-aset Petronas. Pihak-pihak sedang mengadakan perundingan mengenainya,” Novak dilaporkan berkata.

“Bagi Zarubezhneft, ia sedang meninjau peluang untuk menjalankan projek-projek Malaysia.

“Zarubezhneft mempunyai banyak pengalaman untuk meningkatkan keberkesanan dalam lapangan semasa dan menawarkan perkhidmatan serta penyertaannya,” tambah Novak.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...