Saturday, June 18, 2016

5 Alasan Mengapa Budiman Zohdi Pilihan Anda Di #PRKSgBesar #SCS93


5 alasan utama mengapa anak muda perlu memilih Budiman Zohdi sebagai Ahli Parlimen Sg Besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Pertama, YB Budiman Zohdi merupakan calon tempatan juga merupakan anak jati Sg Besar dan merupakan pengundi di kawasan sini. Ini berbeza dengan calon PAS yang berasal dari Meru, Klang manakala calon PAN pula bukan pengundi di Sg Besar malahan bermastautin di Temerloh, Pahang.

Adakah anak muda Sungai Besar mahu memilih orang luar menjadi Ahli Parlimen mereka?
Kedua, YB Budiman hanya berusia 44 tahun dan merupakan calon paling muda antara ketiga - tiga di sini. Usia muda Budiman Zohdi akan membolehkan beliau mendengar denyut nadi anak muda dengan lebih berkesan serta bergerak pantas ke sana sini.

Ketiga, Budiman Zohdi mempunyai rekod cemerlang sebagai ADUN Sungai Panjang. Siapa tidak kenal YB Budiman yang sememangnya rajin dan sentiasa mudah didekati. Ini yang anak muda suka.

Keempat, Budiman Zohdi mempunyai rekod akademik yang sangat baik. Malah kini beliau sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD. Ini sesuatu yang sangat positif dan membanggakan. Malah, impian Budiman adalah mahu setiap rumah di Sg Besar mempunyai seorang anak graduan.

Bukankah ini bagus?

Kelima, seperti yang kami kata Budiman Zohdi mudah didekati dan dibawa berbincang. Bukankah ini yang anak muda suka? Berbeza dengan calon PAN yang hanya akan melawat kawasan 2 bulan sekali. Gila punya orang dan sememangnya inilah yang kerap dilakukan oleh wakil rakyat Pembangkang.

Selepas baca 5 alasan diatas, siapakah yang anda mahu pilih pada PRK Sungai Besar kali ini?

Pilih BARISAN NASIONAL
SELAMAT MENGUNDI

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...