Full Width CSS

Apa Salahnya Budiman Menjadi ADUN & Ahli Parlimen? #PRKSgBesar #SCS93


Antara kempen kotor DAP PAN di PRK Sungai Besar adalah serangan yang dilakukan ke atas calon Barisan Nasional (BN) dan PAS berikutan kapasiti mereka berdua sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN).

Kempen kotor yang cuba disebarkan adalah mereka tamak untuk menjadi Ahli Parlimen (MP), walaupun sudah bergelar ADUN. Tindakan calon BN dan PAS ini kononnya akan menjejaskan khidmat mereka kepada pengundi di Sungai Besar.
Namun DAP PAN terlupa bahawa YB Budiman Mohd Zohdi adalah anak jati Sungai Besar. Beliau dilahirkan di sini, bersekolah dan dibesarkan di sini, malah beliau sekarang turut berkhidmat dengan penduduk di sini. PAN (baca DAP) juga terlupa bahawa YB Budiman adalah merupakan ADUN Sungai Panjang, yang merupakan salah satu daripada dua kerusi DUN di bawah Parlimen Sungai Besar.

Oleh itu, bukankah YB Budiman sudah melakukan separuh kerja kepada Rakyat di dalam Parlimen Sungai Besar?

DAP PAN terlupa bahawa seorang ADUN bertanding MP dan sebaliknya bukan merupakan perkara baru. Tidak kurang dari 6 orang pemimpin pembangkang yang mempunyai dua jawatan iaitu sebagai MP dan ADUN. Bagi yang terlupa baca senarai di bawah:

1. DS Dr Wan Azizah Wan Ismail - ADUN Kajang dan MP Permatang Pauh.
2. DS Azmin Ali - ADUN Bukit Antarabangsa dan MP Gombak.
3. Lim Guan Eng - ADUN Air Putih dan MP Bagan.
4. Nga Kor Ming - ADUN Kepayang dan MP Taiping.
5. Ngeh Koo Ham - ADUN Setiawan dan MP Beruas.
6. TS Khalid Ibrahim - ADUN Port Klang dan MP Bukit Antarabangsa.

Lambang parti PAN yang sebenar adalah seperti di bawah:

Post a Comment

0 Comments