Full Width CSS

Azmin Cuak Reputasi Buruknya Akan Rosakkan Imej PAS #PRKSgBesar


Dilema Azmin, kalau lebih-lebih dengan Pas, Dap berbunyi garang, Rafizi terjegil matanya ibarat memberi amaran kepada Azmin supaya jangan nak mengelabah berbaik sangat dengan Pas.

Azmin juga dipersimpangan kerisauan kerana skandal besarnya di Selangor akan merosakkan reputasi Pakatan Harapan serta Pas. Jadi arahan supaya duduk diam jangan lebih-lebih terpaksa Azmin lakukan.
Jadi apakah Rafizi akan lakukan ugutan mental kepada Azmin supaya mendengar kata-kata parti sedangkan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor wajib membantu parti sekutunya Pas.

"Ditelan mati emak, diluah mati bapak"

"Bagaimana nak jumpa pengundi kalau macam ni."

Rasuah dan perempuan resahkan PKR? Mungkin itu yang sedang berlegar-legar difikiran pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila kerajaannya di Selangor terpalit dengan isu rasuah dan
perempuan.

Sedia maklum, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan
Selangor.

Semalam, merupakan hari penamaan calon di PRK Sungai Besar. Pihak yang kelihatan paling terkesan dengan tuduhan Rafizi ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilihat hadir ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Bernam menyokong calon parti Amanah.. Pada masa itulah wartawan baru dapat melihat kelibat Azmin kerana dikatakan lesap menghilangkan diri.

Selain isu rasuah dan perempuan, PKR juga semakin serabut dan huru-hara apabila 'bercakaran' dengan parti PAS. Ia bukan cakaran ayam atau kucing tetapi percakaran serigala yang mampu
membawa maut!

Daripada Parti Rakyat, diubah kepada Pakatan Harapan. Dengan pantas, tanpa ragu-ragu PAS ditendang keluar. Namun tetap memerlukan mereka ketika dalam Dewan Undangan Negeri
(DUN).

Macam mana hendak berjumpa denga para pengundi kalau macam ni? Amanah rakan politik, begitu juga dengan DAP. Sementara PAS masih diperlukan lagi di DUN.

Post a Comment

0 Comments