Full Width CSS

Bas #RapidKL Sebagai Pengangkutan Rasmi #SUKMA2016 #‎KekalJuara‬ @azmiaziz60


Perkhidmatan RapidKL akan menjadi sebahagian daripada pengangkutan rasmi bagi temasya sukan Sukma yang bakal berlangsung di Sarawak.

Sebanyak 25 buah bas yang bercirikan universal akses atau mesra OKU ini telah dimuatkan ke dalam kapal pengangkut untuk dibawa ke Kuching.

Bas-bas ini akan digunakan untuk membawa atlet & pegawai Sukma sepanjang kejohanan berlangsung dari 17 Julai - 31 Julai 2016 dan kejohanan untuk paralimpik yang akan berlangsung selama 12 hari mulai 1 Ogos di lokasi yang sama.

Seramai 30 Kapten bas akan ditugaskan untuk 'misi' kali ini.

Untuk rekod, RapidKL pernah menjadi pengangkutan rasmi untuk perlumbaan Formula 1, MotoGP & Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Antarabangsa Sepang.



‪#‎SupportTeamKL‬
‪#‎KekalJuara‬

Post a Comment

0 Comments