Wednesday, June 15, 2016

Bila Menjelang Pilihanraya Negeri & Kecil, Rakyat Sering Ditakutkan Dengan #GST #PRKSgBesar #SCS93


Setiap kali menjelang Pilihanraya Kecil / Negeri, rakyat khususnya pengundi sering dimomokkan dengan perkataan GST yang mungkin membawa maksud 'rakyat bakal mati' apabila kononnya cukai dikatakan akan dinaikkan pada tahap² tertentu.

Seolah² tiada isu dan mengulangi semula isu lama yang telah basi. Cuma seperkara yang rakyat perlu tahu dan wajib ingat bahawa tidak ada apa-apa yang hendak ditakutkan kerana sebelum ini rakyat membayar SST setiap hari dan ia juga bukan cukai tambahan.

Walhal kerajaan dah berjanji tidak akan menaikkan kadar peratusan GST sehingga suatu tarikh diberitahu melalui Kabinet dan Kabinet perlu mencapai kata setuju terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan.

Yang takut akan hal GST ini adalah golongan peniaga yang menipu cukai dalam perniagaan mereka sebelum ini. Mereka declare perniagaan tidak untung dan tidak perlu membayar cukai. Walhal kekayaan mereka berlipat kali ganda sehingga boleh membuka cawangan perniagaan yang sama tetapi menggunakan nama yang berbeza semata² untuk mengelakkan cukai.

Siapa di belakang mereka?

Mereka terdiri daripada pemimpin² Pembangkang yang lantang menyuarakan kebimbangan mengenai hal GST ini.

Strategi peniaga hari ini adalah mereka hanya meletakkan harga yang belum dikenakan GST. Apabila kita bertanya atau tiba di kaunter pembayaran, barulah diberitahu akan hal harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai GST. Mengapa mereka berbuat demikian?

Jawapannya hanya kerana ingin menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan yang mengenakan cukai GST.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...