Full Width CSS

[Gambar] Fakta Penerbangan & Keadaan Pesawat MAS #MH1 Yang Dilanda Turbulence Teruk



Sebelum terbang dari London, Capt Amir memberitahu perjalanan MH3 ke Kuala Lumpur adalah melalui cuaca baik, kecuali di Bengal Bay.

Perjalanan tersebut lancar, kecuali dua kali pilot meminta krew kabin duduk sewaktu melintasi Bengal Bay.

Saya perhatikan pilot juga membuat beberapa lencongan di kawasan tersebut, menjadikan pesawat lewat tiba satu jam di Kuala Lumpur.


Bagi mereka yang pernah terbang di laluan itu, gegaran akibat gelora udara (turbulence) di Bengal Bay adalah dijangkakan. Alhamdulillah, penerbangan MH3 saya pagi ini tidak ada masalah besar.

Bagaimanapun, pesawat MH1 selepas pesawat saya tadi dilaporkan mengalami gelora udara yang kuat mengakibatkan beberapa orang tercedera pada malam ini.

(Nota: MH1 telah selamat mendarat dan mereka tercedera ringan diberikan rawatan sebaik tiba).

Sebelum "keyboard warrior" membuat komen yang bukan-bukan, biar saya sebutkan bahawa kesemua penerbangan mengalami gelora udara ini. Ia adalah risiko penerbangan.


Saya pernah alami gelora udara yang kuat sewaktu di Amsterdam beberapa tahun dulu. Saya faham perasaan takut yang amat sangat.

Maka, sebab itulah penumpang diminta memakai tali pinggang keselamatan di sepanjang penerbangan, walaupun lampu isyarat pakai tali pinggang dipadamkan.

A380 Singapore Airlines juga mengalami gelora udara di tempat yang sama, mengakibatkan penumpang tercedera dan makanan bertaburan. Begitu juga dengan Thai Airways yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Bangkok. Bulan lepas, Delta Airlines dari Atlanta ke Chicago juga mengalami gelora udara yang kuat, memaksa ia mendarat di Nashville.


Apabila mengetahui ada gelora udara, pilot akan membuat lencongan seperti yang dilakukan oleh MH3 pagi tadi. Bagaimanapun, ada kala ia berlaku tatkala cuaca cerah. Inilah yang sukar diramalkan.

Dari segi teknikal, sekiranya "terperangkap" dalam gelora udara, pilot tidak akan "fight back" dan "membiarkan" saja pesawat bergerak. Kapalterbang mungkin "melompat-lompat" seperti bot di atas air atau kereta di jalanraya berlubang,

Ini akan membuatkan penumpang kurang selesa, namun dari segi teknikal, ia selamat. Dalam bahasa yang mudah, gelora udara lebih merupakan "isu keselesaan", bukannya "isu keselamatan."

Kapal terbang direkabentuk untuk tahan pergerakan sedemikian. Sayap kapalterbang boleh "melentik" bagi menghadapi situasi sebegini. Dari segi statistik, sehingga kini tidak ada kemalangan udara atau kapalterbang terhempas disebabkan oleh gelora udara.

Alhamdulillah, MH1 selamat mendarat di KLIA. Peringatan untuk kita semua, pastikan sentiasa pakai tali pinggang keselamatan semasa di dalam pesawat - walaupun tatkala langit cerah!

Post a Comment

0 Comments