Full Width CSS

Hari Ini Dalam Sejarah - @PDRMsia Lancar Kod Etika Baru @f_kedaulatan


Peristiwa hari ini dalam sejarah
7 Jun 2000

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan kod etika baru bagi menjadikan pasukan itu maju dan seiring dengan era teknologi maklumat masa kini.

Kod etika lima perkara itu dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dalam satu majlis di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Kod etika baru itu merupakan pengubahsuaian kepada kod etika yang sedia ada dengan mengambil kira perkembangan semasa dan kod etika baru ini lebih menekankan khidmat mesra kepada masyarakat dan penekanan terhadap teknologi maklumat di kalangan anggota polis.

Lima perkara yang terkandung dalam kod etika baru itu ialah Setia, Berdisiplin, Berwibawa, Prihatin Dan Mesra, dan Cemerlang.

Baca lagi di sini.

Post a Comment

0 Comments