Full Width CSS

Jet Pejuang Milik Vietnam Hilang Di Laut China Selatan @f_kedaulatan


Dalam keadaan dimana negara-negara di Asia Tenggara kebimbangan berkenaan usaha China membina infrastuktur ketenteraan tambahan di pulau buatan di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Hari ini kebimbangan ini semakin bertambah apabila sebuah jet pejuang Vietnam buatan Rusia yang dilaporkan hilang daripada radar semasa penerbangan latihan di sepanjang pantai Laut China Selatan negara ini.
Jet pejuang Sukhoi SU-30 MK2 terbang sejauh 30 hingga 40 kilometer di kawasan pantai wilayah Nghe An berdekatan Pulau Hainan ketika dilaporkan hilang.

Timbalan Ketua Angkatan Tentera, Leftenan Besar Kanan Vo Van Tuan berkata, kesemua model jet pejuang yang hendak menjalani latihan penerbangan akan diberhentikan sementara waktu.

Post a Comment

0 Comments