Thursday, June 23, 2016

Kuota 5,000 Hingga 10,000 Jemaah Jumlah Rasional Permohonan Malaysia Kepada Arab Saudi


Kuota tambahan antara 5,000 dan 10,000 jemaah bagi musim haji tahun ini disifatkan sebagai jumlah yang rasional untuk dikendalikan, sekiranya permohonan Malaysia mendapatkan tambahan kuota itu diluluskan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah itu adalah rasional berikutan terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira antaranya dari segi penerbangan, pengangkutan, penginapan dan penyediaan makanan kepada jemaah haji.

"Kuota tambahan ini akan dapat membantu meramaikan lagi jemaah haji Malaysia bagi mengurangkan jumlah menunggu yang masih begitu tinggi, dan kita meletakkan sasaran antara 5,000 hingga 10,000, yang mana jumlah itu agak rasional untuk kita menguruskannya.
"Sebab di penghujung nanti kami akan berdepan masalah penerbangan, jika dapat menyewa kapal terbang, akan ada pula masalah 'landing right', hak pendaratan di Jeddah dan Madinah, selain aspek penginapan dan makanan untuk jemaah haji kerana tempahan pasa saat-saat akhir akan meningkatkan kos," katanya.

Jamil Khir yang juga Anggota Parlimen Jerai, berkata, kuota sedia ada yang diberikan kepada negara adalah sebanyak 22,320 dan Malaysia masih lagi menunggu keputusan kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan kuota tambahan bagi musim haji tahun ini.


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...