Wednesday, June 29, 2016

#LEPRapidKL Semakin Dekat Dan Mudah Buat Warga Lembah Klang @NajibRazak @azmiaziz60


Pembukaan secara rasmi LRT Line Extension Project (LEP) yang bakal menghubungkan kedua² aliran (Ampang / Kelana Jaya) mulai esok pastinya saat yang amat dinantikan oleh sebahagian besar warga kota Kuala Lumpur dan Selangor.

Laluan sambungan itu diyakini dapat memenuhi permintaan penduduk yang semakin bertambah di Lembah Klang, yang dijangka mencapai 10 juta menjelang 2020.

Penduduk Putra Heights, USJ, Subang Jaya, Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil boleh berulang alik setiap hari ke Kuala Lumpur dengan menggunakan LRT - satu daripada inisiatif pembangunan negara oleh kerajaan bagi memantapkan dan mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan awam bandar, yang merupakan satu daripada bidang keberhasilan utama negara di bawah program transformasi kerajaan.

Paling penting adalah dengan penyambungan laluan ini pengguna di sekitar laluan akan melihat kebaikan antara menggunakan LRT dan memandu. Penggunaan LRT secara langsung akan menjimatkan bayaran tol, bahan bakar dan paling penting, masa kerana ia tidak perlu menempuh kesesakan trafik pada waktu puncak.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...