Thursday, June 23, 2016

@NajibRazak Umum Bonus Raya Tapi Azmin & Guan Eng Yang Dapat


Kerajaan Persekutuan umumkan Bantuan Raya 2016 dengan nilai sebanyak RM 500 kepada setiap Penjawat Awam pada Gred 54 dan ke bawah saja. Bonus tersebut telah selamat tiba di dalam akaun bank masing² semenjak 13 Jun 2016 yang lepas.

Ada suara² dari longkang yang dok membebel katanya nilai yang diterima tersebut sedikit disebabkan kerajaan Persekutuan dah nak bankrap kerana jika hendak dibandingkan dengan nilai bonus lumayan seperti diumumkan kerajaan negeri lain terutamanya di Selangor & Pulau Pinang.
Selangor : 1 bulan + 1/2 bulan gaji
Pulau Pinang : 3/4 bulan gaji

Mungkin yang bercakap ala² profesor Matematik tu pernah menuntut ilmu hisab dari Rafizi Ramli. Sebab tu nampak bengong je persoalan yang dilontarkan.

Berikut jumlah Penjawat Awam semasa ;

Persekutuan : 1.6 juta
Selangor : 17,428
Pulau Pinang : 1,486

Seperkara lagi, jangan lupa kerajaan Persekutuan juga turut memberikan bantuan yang sama bernilai RM 250 kepada 743,000 pesara². Ok berbalik kepada cerita asal. Kenapa sedikit jumlah bonus nya?

1. Jumlahkan terlebih dahulu Penjawat Awam Persekutuan + Pesara². Secara confirmnya jumlah tersebut lebih banyak berbanding kedua² negeri tersebut. Di Selangor & Pulau Pinang tidak dinyatakan sama ada pesara diberikan bantuan raya atau tidak. Nampaknya macam tiada jer kan.

Walaupun nilai jumlahnya sikit tapi jumlah keseluruhannya mereka yang merasai faedah Bantuan Hari Raya ini jauh lebih ramai.

2. RM 500 ini adalah Bantuan Hari Raya 2016. Bagaimanapun kerajaan Persekutuan telah mengumumkan melalui Bajet 2016 mengenai pemberian bonus yang telah dilaksanakan pada 4 Januari 2016.

3. Di kedua² negeri tersebut tidak dinyatakan juga siapa & gred mana yang layak menerima bonus raya seperti kerajaan Persekutuan tegaskan hanya mereka di bawah Jusa atau di bawah Gred 54 sahaja.

4. Mungkin benar dakwaan poster di atas bahawa Perdana Menteri DS Najib Tun Razak tidak menerima bonus tetapi Menteri Besar Selangor & Ketua Menteri Pulau Pinang tetap menerima 'bantuan' raya seperti mereka yang lain. #MeriahnyaRaya

5. Jumlah kutipan GST lebih tapi kenapa ini saja pulangannya kepada rakyat? Tahun lepas kerajaan berjaya mengutip lebih RM 30 bilion tapi takkan lah nak habiskan jumlah tersebut untuk diberikan bonus kepada Penjawat Awam.

Yang kaki complaint macam Rafizi tu tak mahu kira ker hal² lain termasuk subsidi perubatan, pendidikan, pembaikan jalan raya, infrastruktur, penambahbaikan perkhidmatan awam dan pelbagai lagi yang rakyat boleh rasai secara tidak langsung. Mungkin ini alasan yang agak klise tapi ianya fakta yang tak boleh dinafikan.

6. Ada yang berkokok, dakwanya bonus kerajaan Persekutuan berikan ini adalah saguhati untuk Pilihanraya Umum yang dijangka dalam tempoh terdekat. Ini adalah salah satu telahan yang amat 'menusuk kalbu' kerana kerajaan negeri juga melakukan perkara yang serupa dan bolehkah ianya dianggap saguhati Pilihanraya juga kepada Penjawat Awam di negeri tersebut? Atau sebenarnya ianya adalah dedak berkala?

7. Saban tahun cukai tanah, pintu dan perniagaan dinaikkan oleh kedua² kerajaan negeri ini, begitu juga dengan kos tol meningkat di mana syarikat konsesi dimiliki kerajaan negeri. Tapi sebanyak ini sajakah hasil yang dipulangkan kepada Penjawat Awam? Itu belum cerita hasil yang dinafikan untuk mereka yang tidak bergelar Penjawat Awam.

8. Kerajaan negeri mempunyai pelbagai hasil pendapatan dan begitu juga dengan kerajaan negeri. Tapi kan lebih baik berikan juga kepada penduduk negeri tersebut. Seorang RM100 pun jadi lah kan untuk Raya tapi langsung takda.

9. Di Pulau Pinang, tidak sampai 1,500 saja menerima 'dedak' daripada kerajaan DAP. Lagi macai nak bangga dengan keputusan teragung yang dibuat kerajaan negeri ini. Hasil daripada jual tanah dan penerokaan hutan simpan secara senyap, tak nak dikongsikan bersama penduduk negeri ni ker Guan Eng?

Selain pembayaran khas di atas, kerajaan telah bersetuju untuk memberi faedah berikut untuk menghargai Penjawat Awam yang bakal merasai lagi nikmat lumayan daripada kerajaan Persekutuan bermula 1 Julai 2016 ;

a. Memberikan faedah pemindahan gaji bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta kakitangan dengan peruntukan RM1.1 bilion.

b.
Menambah baik 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam.

c. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam.

d. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan dan ianya melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

e. Melantik tetap pegawai lantikan kontrak yang sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan membawa manfaatan 10,000 pegawai kontrak.

Kesimpulan untuk keseluruhan cerita di atas adalah Malaysia belum bankrap dan tidak bercadang untuk bankrap. Harap maklum. Jika bankrap pun, ianya akan bermula dari Pulau Pinang sebab dah takda tempat lagi nak diteroka.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...