Full Width CSS

Polis Tangkap Individu Gunakan Para Glider Pada Penamaan Calon Di #PRKSgBesar #InilahBudiman


Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat tangkapan terhadap empat lelaki yang dipercayai terlibat menaiki Glider semasa proses penamaan calon bagi Parlimen P.093 Sungai Besar bertempat di Dewan Seri Bernam, Sg Besar,di sini pagi tadi.

Jurucakap polis bagi PRK 0.93 Sg Besar, Asisten Komisioner Polis, Khalil bin Arifin berkata, semasa tempoh proses penamaan calon berlangsung bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi itu, telah kelihatan tiga 'Glider' bersama bendera sebuah parti berlegar di ruang udara dan mendekati kawasan penamaan calon.
“Setelah hampir 30 minit berlegar di ruang udara, ketiga 'Glider' tersebut telah mendarat di Padang Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, Sg Besar.

”Polis telah membuat tangkapan kesemua mereka yang terlibat di lokasi tersebut dan merampas tiga buah 'Glider' beserta peralatan lengkap,” katanya pada sidang media di Bilik Media Planning, Martek, IPD Sabak Bernam.

Tambah Khalil, kesemua mereka yang terlibat berusia dalam lingkungan 30-an ke 40-an telah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan Civil Aviation Regulation (CAR) 2016 bertarikh 14/05/2016, P.U (A)97 Peraturan 140 orang ramai yang menerbangkan UNMANNED AERIAL VEHICLE (UAV) dalam kawasan NOTICE TO AIRMEN (NOTAMN) bagi tempat dan masa yang telah ditetapkan adalah tidak dibenarkan sama sekali tanpa kelulusan Ketua Pengarah DCA dan Pasukan Gerakan Udara (PGU).

“Peraturan ini adalah merupakan kesalahan lazim ditangkap dan boleh dihukum mengikut peraturan 206 (3)a denda tidak lebih RM 50,0000 atau penjara tidak lebih (3) tahun atau kedua duanya,” katanya lagi.

Jelas Khalil, pihak polis telah melakukan persiapan rapi dengan menggerakkan pegawai dan anggotanya di banyak lokasi bagi memastikan perjalanan proses penamaan calon berjalan dengan lancar.

“Proses pergerakan calon yang bertanding dan penyokong parti masing – masing telah berarak dan berkumpul mengikut laluan dan tempat yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, situasi keselamatan sepanjang proses penamaan adalah tenang dan terkawal,”.

Post a Comment

0 Comments