Full Width CSS

#PRKSgBesar : PAN Lumpuh, Ahli Akar Umbi Protes Kewibawaan Calon & Kepimpinan Parti #SCS93


Timbalan Penaja PAN Sg Besar Mohd Sapigni Tulus bersama 32 ahlinya berpaling tadah menyokong YB Budiman calon tempatan dari Barisan Nasional. Mereka telah hilang kepercayaan terhadap Azhar Ab Shukur dan tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan.

“Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai ‘Touch N Go’ kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.

Baru-baru ini dalam ceramah PAN, Azhar calon PAN berjanji akan balik kawasan dua bulan sekali sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen. Hal ini jugalah seperti yang disuarakan oleh Mohd Sapigni dalam kenyataan media mereka.

“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan,” katanya 

Sapigni bersama 32 ahli yang berpaling PAN yang sedar kebobrokan PAN dibawah telunjuk DAP menyeru supaya pengundi di Sungai Besar sama ada Melayu, Cina dan India memilih Budiman dan menolak Azhar PAN dan Dr Abdul Rani Othman PAS.

Post a Comment

0 Comments