Friday, June 10, 2016

Sabotaj Imigresen, Lima Lagi Pegawai Ditahan Polis @PDRMsia


Lima lagi pegawai imigresen ditahan kerana disyaki terbabit mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang bagi membantu siasatan.
Sebelum ini sebanyak 37 pegawai Jabatan Imigresen dikenakan tindakan tatatertib sejak Februari lepas kerana terlibat dengan kegiatan sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs). Daripada jumlah itu, 15 orang telah dibuang kerja, 14 orang digantung kerja dan lapan orang lagi ditangguh pergerakan gaji.

Selain itu, sebanyak 63 pegawai di pelbagai peringkat juga telah ditukarkan tempat kerja, selain akan melaksanakan pertukaran secara besar-besaran di KLIA sebagai langkah mengekang kegiatan itu.

Beliau menegaskan operasi untuk mengesan mereka yang terlibat dalam kegiatan mensabotaj sistem myIMMs akan diteruskan.

Berdasarkan risikan PDRM dan Jabatan Imigresen mendapati sindiket itu menjalankan aktiviti mensabotaj sistem berkenaan kira-kira enam bulan hingga dua tahun dengan membocorkan data termasuk menggunakan nombor kod tertentu untuk disalah guna

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...