Full Width CSS

UMNO Wilayah Persekutuan Hantar Jentera Terbaik & Berpengalaman Ke #PRKSgBesar #InilahBudiman


Dalam usaha mencapai kemenangan dengan majoriti yang lebih besar di Pilihan Raya Kecil (PRK) P093 Sungai Besar pada 18 Jun ini UMNO Wilayah Persekutuan akan melipat ganda usaha membantu jentera dalaman dan negeri semasa tempoh kempen berlangsung.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin dengan pengalaman dan banyak latihan yang dilalui oleh anak buahnya akan dapat membantu jentera tempatan merealisasikan hasrat parti untuk terus kekal di kerusi tersebut.

Seramai 140 orang jentera termasuk pegawai yang terlatih dari segi kempen pilihan raya dikerah berkampung di Sungai Besar bermula 5 Jun hingga 18 Jun ini di bawah pimpinan Pengarah Operasi Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar.

Tengku Adnan yang ditemui Watan-Online memberitahu, jentera UMNO Wilayah Persekutuan akan membantu dan memastikan kawasan –kawasan dipertamggungjawabkan dapat meningkatkan KPI dengan mencapai kemenangan yang disasarkan.

“Daripada 6 kawasan terdapat dua kalah tipis. Kita perlu menang di dua kawasan tersebut,” tegas beliau.

UMNO Wilayah Persekutuan dipertanggungjawabkan di enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) bersama lima Bahagian Angkat dari Selangor iaitu Bahagian Serdang, Puchong, Hulu Langat, Sepang dan Kelana Jaya.

PDM Sungai Nipah, Sungai Nibong, Pasir Panjang Tengah dan Pasir Panjang Selatan dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu. PDM Parit 13 Sungai Nipah dan Taman Berkat BN kalah tipis.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Datuk Kamaruddin Hassan segala program akan dilaksanakan oleh pemimpin sayap parti yang telah membahagikan tugas dengan sejumlah petugas.

Beliau memberitahu kempen-kempem seperti biasa diteruskan seperti kunjungan rumah ke rumah, mengadakan majlis kecil seperti ramah mesra, perjumpaan di surau sempena bulan Ramadan dan melawat orang susah dengan menghulurkan bantuan.

Post a Comment

0 Comments