Full Width CSS

[Video] Perancangan Bunuh PM @NajibRazak Boleh Menjerat Diri Rafizi Sendiri - @HishammuddinH2O

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, alasan gurauan ataupun media salah lapor adalah alasan biasa pembangkang apabila sudah terjerat dengan provokasi sendiri.

Katanya, jika ada sebarang isu yang ditimbulkan pembangkang menaikkan kemarahan rakyat maka alasan mudah seperti itulah yang akan digunapakai bagi membela diri.

Beliau berkata demikian mengulas alasan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang mendakwa dirinya hanya bergurau berkaitan kenyataan yang berharap calon PAN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli ‘membaling bom atom’ kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika menang dalam pilihan raya kecil 18 Jun ini.

“Jika beginilah corak politik masa hadapan negara maka hancurlah negara ini. Kalau betul nak cakap pasal demokrasi yang matang, pasal politik yang boleh menyatupadukan negara, ini bukan caranya.

“Nak gurau ada had dan batasnya… sekarang jawablah kepada pihak polis,” katanya dalam sidang media selepas menemui para pengundi di di Kampung Manora Kuala Kangsar di sini, Selasa.

Akhirnya jelas Hishamuddin, rakyat akan menilai cara politik pembangkang ini malah beliau berharap agar anak muda tidak mengikut contoh sebegini.

“Politik sebegini untuk anak-anak muda yang telah cerdik pandai, mereka akan pastikan masa mereka memimpin nanti, mereka tidak ikut corak sebegini. Itu saya harapkan.

“Di saat akhir ini pembangkang cuba secara agresif menggunakan cara politik serangan terhadap pemimpin, politik pecah-belah dan kebencian tapi yang boleh menentukan samada siapa yang menang dalam pilihan raya ini adalah rakyat di Kuala sendiri.

“Saya cukup yakin bahawa pengundi-pengundi di sini dapat menilai sendiri mana calon yang benar ikhlas dan jujur nak bantu. Banyak isu lain boleh jadi bahan untuk berkempen tapi boleh pengaruhi atau tidak terpulang kepada rasional pengundi sendiri,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments