Wednesday, August 17, 2016

Facebook 'Jeneral M' Dedahkan Punca Kuota Passport Berkurangan Di Jabatan Imigresen


PERALIHAN PEMBEKAL & PERANG TEKNOLOGI "CIP" PUNCA KELEWATAN PASSPORT MALAYSIA DI JABATAN IMIGRESEN?

1. Perang Cip 3 syarikat terkenal dinegara ini iaitu Iris Berhad, Datasonic Group dan Nexbis Sdn Bhd bukan benda baru. Ibarat kalah jadi abu, menang jadi arang.

2. Ketika Iris Berhad mendapat kontrak Kad Pengenalan Mykad perang cip dengan Datasonic Group sengit ketika itu. Akhirya Datasonic Group memenangi tender Mykad bermula 1 Julai 2016 hingga 31 Disember 2020 [http://www.thestar.com.my/…/datasonic-bags-rm260m-mykad-co…/]
3. Begitu juga pertempuran Datasonic Group menentang Syarikat Nexbis Sdn Bhd (Nexbis) projek 'Biometric System" pekerja asing Jabatan Imigresen bernilai RM912 juta yang diberi kepada menantu Tan Sri Muhyiddin Datuk Adlan Berham bermula tahun 2010.

4. Pertempuran dua kapitalis pembekal cip yang memberi kesan langsung kepada rakyat ialah antara Datasonic Group dan Iris Berhad. Kedua-dua syarikat ini mempunyai "kabel" orang dalam yang bukan calang-calang orang dari peringkat Kementerian, Jabatan, Kementerian Kewangan, ahli Majlis Ekonomi sehingga para ahli kabinet Malaysia. Bermula dari membekal Kad Pengenalan MyKad kini kepada cip passport Malaysia. Masih terus panas!

5. Penghujung tahun 2015, Datasonic Group Bhd, menerusi anak syarikatnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) mengumumkan kemenangan memperoleh kontrak pembekalan 12.5 juta cip pasport warga Malaysia daripada Kementerian Dalam Negeri bernilai RM318.75 juta. Bursa Malaysia mengumumkan syarikat itu memperolehi kontrak KDN bagi tempoh 1 Disember 2016 hingga 30 November 2021. Kontrak dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham Datasonic Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016 dan tahun-tahun kewangan seterusnya sepanjang tempoh kontrak. [http://www.bharian.com.my/node/105363?m=1]

6. Kontrak Pembekal Cip buku passport Malaysia ini asalnya dibekalkan oleh Syarikat Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd (PKN), syarikat diswastakan oleh Jabatan Percetakan Nasional milik kerajaan yang kini diberi tempoh ‪#‎lanjutan‬ selama enam bulan oleh kerajaan bagi membekalkan dua juta buku pasport dan cip berkenaan mulai 1 Jun, 2016 sehingga 30 Nov 2016. PKN katanya telah memberi subkontrak projek cip ini kepada Irish Berhad yang sebelum ini membekal cip buku passport sejak 2002 lagi.


PERALIHAN DARI PKN KEPADA DATASONIC GROUP TELAH MELEWATKAN PENGELUARAN PASSPORT

7. Masalah kelewatan penyiapan passport dan kesesakan kaunter di Jabatan Imigresen adalah berpunca dari peralihan ini. Peralihan sebelum 1 Disember 2016 kepada Datasonic nampaknya mengundang bencana kepada Syarikat Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd (PKN) yang tidak mampu membekalkan cip passport itu sehingga 30 November 2016.

8.
Lantaran itu Datasonic pada 4 Ogos lalu dalam sidang medianya menjelaskan bahawa ia bukan pembekal utama semasa bagi buku dan cip elektronik pasport Malaysia untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tempoh sebelum 1 Disember 2016 itu tetapi Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd (PKN).

9. Kegagalan Syarikat PKN dan subkontraktornya akhirnya terpaksa melantik Datasonic sebagai Subkontraktor yang baru menyingkirkan pembekal cip sebelum ini iaitu Iris Berhad.

“Datasonic akan menjadi subkontraktor baharu kepada KDN bagi pembekalan dua juta cip yang akan dimasukkan ke dalam muka surat biodata polikarbonat berkenaan,” kata kenyataan rasmi dari Datasonic Group

10.
Dimaklumkan pada 29 Julai 2016 perbincangan pertama mengenai terma, syarat serta rangka perjanjian subkontraktor sudah dilakukan bersama pihak KDN. Dalam tempoh peralihan ini Datasonic bermula April hingga Julai 2016 ini telah membuat penghantaran sejumlah 1,020,252 unit muka surat data polikarbonat kepada PKN yang mengandungi 121,000 muka surat data polikarbonat nipis dan 899,252 muka surat data polikarbonat jenis tebal dilengkapi cip. Purata penghantaran bagi tempoh empat bulan lepas iaitu dari April hingga Julai 2016, adalah sebanyak 255,063 unit.

“Peralihan sebenar kepada pasport baharu yang dilengkapi cip dalam muka surat data polikarbonat itu bermula pada 16 Mei, 2016 dan penggunaan muka surat baharu itu adalah kurang daripada 55,000 unit,” kata sumber Datasonic.

11. Sebagaimana peperangan pembekalan MyKad dari Iris Berhad kepada Datasonic Berhad masing-masing dari mereka menggunakan media perdana atau media sosial untuk menyerang antara satu sama lain bagi mencalar imej masing-masing.

12. Kali ini Datasonic berhadapan sebaran maklumat mengenai isu cip tidak berkualiti. Malah berhadapan dengan laporan berita pada 29 Julai lepas mengenai kelewatan proses permohonan dan memperbaharui passport yang menyebabkan situasi panik dalam kalangan orang ramai. Siapakah penyebarnya?

13. Dakwaan bahawa sebahagian besar cip yang dihantar kepada kontraktor utama (Datasonic) itu ditolak akibat kerosakan dinafikan Datasonic. Setakat 24 Jun 2016, daripada sejumlah 523,940 unit cip yang dihantar dan disahkan oleh kontraktor utama sebelum pengeluaran kadar penolakan cip itu adalah kecil iaitu cuma 0.24 peratus.

14. Malah Kadar kelulusan (penggunaan) cip itu selepas 100 peratus kawalan kualiti oleh pihak Trub AG, Switzerland sebelum penghantaran dan 100 peratus kawalan kualiti seterusnya oleh Datasonic dan PKN adalah melebihi 99.76 peratus.

15. Kemasukan Ketua Pengarah Imigresen yang baharu Datuk Seri Mustafar Ali 1 Ogos 2016 akhirnya menerima kesan laporan berita 29 Julai lalu mengenai kelewatan dan kepanikan rakyat di kaunter imigresen.

16. Kesilapan KDN dan Jabatan Imigresen sebelum itu dibawah Datuk Sakib Kusmi gagal memaklumkan kepada rakyat secara terperinci berhubung jabatan imigresen dalam proses untuk memperkenalkan passport jenis baharu yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik melalui tempoh banyak ujian mengikut piawaian keselamatan antarabangsa dan juga tidak mudah rosak apabila digunakan. Pemakluman masalah yang dikatakan akan berlarutan selama 6 bulan malah selesai sehingga Januari 2017. Ini mengundang panik rakyat.

17. Apa yang berlaku kini ialah kebanjiran orang ramai untuk membuat permohonan pasport baharu dan memperbaharui pasport yang memaksa pembekal baru cip Datasonic tampil ke depan menjawab masalah ini. Pembekal lama Syarikat Percetakan Keselamatan Negara Sdn Bhd terus berdiam diri. Ini akhirnya mendedahkan kelemahan lain di Jabatan Imigresen Malaysia.

18. Peralihan kontraktor utama menjejaskan Jabatan Imigresen bukan perkara baru. Sebelum ini tahun 2010 apabila sistem biometrik beralih dari Datasonic kepada Nexbis Sdn Bhd turut menjejaskan pendaftaran pekerja asing 6P ketika itu.

19.
Datuk Seri Mustafar Ali mantan TKP SPRM yang kini KP Imigresen pasti sedang tersengih dengan peperangan pembekal Cip yang sedang 'berperang' di jabatannya. Apa tindakan beliau menangani suasana panik di kaunter jabatan imigresen sekarang? Sama-sama menanti magis Mustafar!

Sumber : Jeneral M

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...