Full Width CSS

Rejim DAP Punca Pulau Pinang Hilang Status UNESCO?


Dek kerana kerakusan dan salah tadbir Rejim DAPigs Pulau Pinang bakal menyebabkan mereka kehilangan status Unesco ekoran pelan pembangunan pengangkutan yang tidak teratur.

Jabatan Warisan Negara mengesahkan bahawa Sia Boey, kawasan yang dirancang untuk dibangunkan menjadi hab pengangkutan oleh kerajaan Pulau Pinang, terletak terlalu hampir dengan zon penampan dan boleh membahayakan status Unesco George Town.

Dalam kenyataannya pada Rabu, jabatan itu berkata struktur binaan ditemukan di sekitar kawasan Sia Boey dan ia percaya penemuan itu akan mengukuhkan lagi sejarah George Town sebagai pelabuhan perdagangan.
"Tapak ini penting untuk dilindungi sebelum sebarang rancangan pembangunan dilaksanakan...ketika ini, kerja-kerja ekskavasi masih dijalankan bagi mengesahkan kepentingannya terhadap sejarah George Town," kata kenyataan itu.

Jabatan itu juga akan menghantar satu pasukan ahli arkeologi bagi membantu pasukan USM menyambung titik artifak yang ditemukan untuk mendapatkan maklumat baharu berkaitannya.

Jabatan itu juga merancang untuk meletakkan tempat berkenaan di bawah Akta Warisan Negara 2005 bagi tujuan perlindungan selepas kerja arkeologi selesai dijalankan.

Terdahulu, Penang Forum meminta kerajaan Pulau Pinang supaya tidak memberi kebenaran kepada pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) di sempadan kawasan warisan sehingga 2018 kerana ia melibatkan nilai universal ketara yang terdapat pada warisan George Town, yang dijangka dibuat penilaian oleh Unesco.

Jurucakap Penang Forum Khoo Salma berkata forum itu tidak mahu kerajaan Pulau Pinang melakukan kesilapan dengan membina hab pengangkutan di Sia Boey dan menyesal kemudiannya apabila mendapati projek itu membahayakan tapak warisan.

"Kami rasa bertanggungjawab mengundang Unesco untuk membuat pemeriksaan dan penilaian mengenai warisan ini kerana kami bimbang pembinaan itu akan menyebabkan George Town kehilangan status warisannya," kata beliau.

Baru-baru ini, Penang Forum dan beberapa kumpulan sivil lain termasuk Penang Heritage Trust menjadi sasaran kritikan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mendakwa projek LRT tidak akan menjejaskan kawasan warisan itu kerana ia terletak di luar kawasan Unesco.

Sumber : Semut Hitam

Post a Comment

0 Comments