Monday, August 29, 2016

Singapura Mula Diserang Virus Zika


Singapura mengesahkan se­banyak 41 kes penularan dalam negara virus Zika berlaku di republik ini.

Akhbar Straits Times dan te­levisyen Channel News Asia hari ini memetik kenyataan media Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan sebagai berkata, sejumlah 36 daripada kes tersebut membabitkan buruh asing di tapak pembinaan di Aljunied, tenggara republik ini.
Pengesahan itu dibuat selepas pihak berkuasa menjalankan pe­me­riksaan terhadap 124 orang te­rutamanya pekerja asing.

Daripada jumlah itu, 34 orang sudah pulih sepenuhnya manakala tujuh lagi yang masih mengalami simptom Zika kini dirawat di Hospital Tan Tock Seng.

Semua kes itu melibatkan penduduk dan pekerja asing di Aljunied Crescent atau Sims Drive.

“Ketika ini, corak penularan didapati hanya melibatkan penduduk di dua kawasan itu,” jelas Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan dalam satu kenyataan bersama.

Pendedahan hari ini dibuat sehari selepas Singapura mengumumkan kes pertama Zika di republik ini membabitkan wanita Malaysia berusia 47 tahun yang tinggal di Blok 102 Aljunied Crescent.

Selain Aljunied Crescent, pihak kuasa turut memantau keadaan di lokasi lain seperti Khatib Camp, Sembawang Drive serta lokasi-lokasi penempatan buruh asing termasuk Joo Chiat Place, Senoko South Road, Toh Guan East dan Lorong 101 Changi.

Jelas dua agensi itu lagi, mengambil kira penyebaran virus Zika oleh nyamuk aedes, pihak­nya tidak menolak kemungkinan mereka yang dijangkiti mungkin datang dari lokasi lain di Singapura.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kementerian terlibat menjalin kerjasama dengan pemaju bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap buruh asing.

“Kami menjangkakan banyak lagi jangkitan akan berlaku. Bagaimanapun, kes-kes sedia ada boleh dikategorikan sebagai sederhana.

“Proses kuarantin sudah cukup untuk menghalang penyebaran virus itu,” jelas dua pihak tersebut.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/singapura-catat-41-kes-virus-zika-1.376011#sthash.BUO8Id8Z.dpuf

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...