Full Width CSS

Menteri Pertahanan @HishammuddinH2O Jawab Luahan Balu Tentera Hanyut Banjir Di Amerika Tidak Terbela


Awal pagi ini viral satu isu melalui laman portal Siakap Keli mengenai luahan seorang balu tentera yang dikatakan nasibnya dan anak-anak tidak terbela selain menerima elaun bulanan kurang RM1,000. 

Berikut kenyataan daripada Menteri Pertahanan sendiri yang menerangkan jumlah yang diterima beserta beberapa bayaran lain termasuklah insurans berkelompok yang dibayar.

Tahniah YB Menteri sanggup berusaha membantu ahli keluarga Allahyarham sekiranya bantuan yang diterima masih tidak mencukupi.

KENYATAAN MENGENAI IMBUHAN & BAYARAN YANG DITERIMA BALU ALLAHYARHAM KAPTEN HASMAN

Berhubung kenyataan Balu kepada Allahyarham Kapten Hasman, Pn. Hazwani yang mendakwa beliau tidak menerima imbuhan yang setimpal daripada pihak ATM, saya ingin memaklumkan bahawa ATM telah menjelaskan bayaran dan imbuhan yang sepatutnya berdasarkan syarat perkhidmatan arwah suami beliau selama 8 tahun.

Sejak awal tahun lalu, jumlah yang telah diterima oleh Pn Hazwani ialah sebanyak RM274,542.49. Ini termasuklah pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan tunggakan pencen serta Faedah Ganti Cuti Rehat (FGCR).*Selain itu, beliau turut menerima bayaran RM916.75 setiap bulan* (pencen terbitan bulanan).

Bagaimanapun, sekiranya imbuhan dan bayaran yang diterima masih belum mencukupi, saya sedia mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga termasuk pihak industri pertahanan bagi membantu beliau dan anak-anak.

Sesungguhnya, isu kebajikan anggota sangat dekat di hati saya. Semoga segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.


HISHAMMUDDIN HUSSEIN
Menteri Pertahanan Malaysia | 2 Sept 2016

Post a Comment

1 Comments

  1. Dah bagi rm274 ribu. Bulanan rm1000. BR1M lagi, elaun ibu tunggal lagi. Banyak tu. Mana pergi duit tu?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..