Full Width CSS

Sultan Selangor Diumumkan Telah Berkahwin Pada Tarikh Kemerdekaan Negara


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah dikhabarkan melalui Kenyataan Akhbar daripada Istana Selangor telah pun melangsungkan majlis pernikahan beliau bersama seorang wanita bernama Norashikin Abdul Rahman di Istana Alam Shah, Klang pada 31 Ogos 2016 yang lepas.

Majlis ijabkabul tersebut turut disaksikan oleh Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Majlis diadakan secara sederhana di Masjid Istana DiRaja, Istana Alam Shah.

Berikut Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor.


DAULAT TUANKU 

Post a Comment

0 Comments