Full Width CSS

Tamatkan Kontrak Mana² Syarikat Yang Menggalakkan Staf Mereka Sertai Bersih


Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menegaskan memiliki banyak bukti syarikat yang mengambil kontrak atau kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan terbabit secara langsung dalam perhimpunan Bersih yang lalu.

Ketua Pemuda, Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata syarikat yang bergantung dengan kerajaan tetapi menyertai Bersih perlu diberhentikan kontrak mereka serta-merta. Beliau berkata, jika syarikat berkenaan bersedia turun menyertai perhimpunan sedemikian, mereka juga patut bersedia jika. kontrak syarikat mereka ditamatkan.


"Ini bukan isu hak peribadi, ini isu mempertahankan sistem demokrasi bagi menjaga hak majoriti rakyat yang sudah memilih kerajaan secara sah.

"Jika mereka berasakan mereka (syarikat) ada hak untuk berdemo, Kerajaan Persekutuan juga ada hak memastikan gerakan menjatuhkan kerajaan tidak dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mohd Razlan berkata, Kerajaan Persekutuan perlu jelas dalam mempertahankan sistem demokrasi berparlimen dipilih rakyat setiap lima tahun serta pandai menjaga kepentingan kerajaan yang dipilih.

"Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi berlembut dengan mereka yang terang-terangan mahu menjatuhkan Kerajaan hari ini.

"Kerajaan perlu sedar bahawa kerajaan inilah yang selama ini membantu mereka, kerajaan inilah yang ingin mereka jatuhkan!," katanya.

Sementara itu, Mohd Razlan menegaskan, semua rakyat mempunyai peranan menjaga keamanan negara, syarikat mengambil kontrak yang mewah dan menikmati limpahan keuntungan daripada kestabilan negara di bawah Kerajaan Persekutuan perlu diberi amaran supaya sama-sama menjaga kepentingan negara.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO akan menggerakkan rangkaian anak muda bandar media sosial dalam Pemuda Wilayah bagi mengumpul data mereka yang terbabit dalam perhimpunan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan.

"Peserta Bersih harus bersedia menerima kesan daripada tindakan mereka," katanya.

Post a Comment

0 Comments