Wednesday, September 28, 2016

Tiket Serendah RM20 Untuk Bas Pengantara #RapidKL Ke Litar Sepang #F1


Peminat Formula Satu (F1) dan artis terkenal Usher boleh menikmati perjalanan yang mudah bagi menyaksikan dua acara terkemuka di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu ini dengan menggunakan perkhidmatas bas pengantara yang disediakan oleh Rapid KL.

Sebagai penyedia pengangkutan awam rasmi Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut, perkhidmatan bas Rapid KL yang dikendalikan oleh Rapid Bus Sdn Bhd akan memulakan operasi bermula hari Jumaat, 30 September 2016 sehingga pada malam konsert Usher pada malam Ahad, 2 Oktober.
“Kami akan menyediakan bilangan bas yang mencukupi untuk menampung peminat Formula 1 dan juga peminat Usher. Perkhidmatan bas disediakan sehingga malam Ahad bagi memastikan peminat dapat menonton konsert selepas perlumbaan. Sebagai rakyat Malaysia, kami berbangga dapat bekerjasama dengan SIC dalam menyokong acara bertaraf dunia dan mempromosikan Malaysia kepada dunia.

“Perkhidmatan bas Rapid KL yang terhubung dengan rangkaian LRT dan Monorel, peminat sebenarnya boleh menggunakan perkhidmatan awam secara menyeluruh dari rumah mereka untuk ke Litar Antarabangsa Sepang,” kata Encik Mohd Azam Omar, Ketua Pegawai Operasi untuk perkhidmatan bas Rapid KL.


Pihak SIC selaku penganjur perlumbaan Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia telah dalam satu pengumuman pada 18 Julai, telah memilih penyanyi Usher untuk konser tahun ini yang dijadualkan bermula selepas perlumbaan pada Ahad.

"Berdasarkan pengalaman kami sejak dua tahun lalu, konsert selepas perlumbaan adalah sangat popular dengan peminat. SIC berjaya menambat peminat F1 dengan membariskan artis-artis ternama seperti Guns N ‘Roses dan kumpulan K-pop Girls’ Generation pada konsert tahun lepas. Kami percaya pada tahun ini Usher akan membawa lebih banyak peminat," tambah Azam lagi.

Menurut Azam, bas pengantara ini akan memulakan operasi seawal jam 8 pagi, Jumaat dari dua lokasi di pusat bandar Kuala Lumpur iaitu di KL Sentral dan KLCC serta dari terminal KLIA2. Rapid KL juga menyediakan perkhidmatan percuma ulang alik percuma disekitar litar untuk memudahkan peminat bergerak ke tempat duduk masing-masing.


"Perkhidmatan bas dari Litar Sepang untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur dan KLIA2 akan bermula dari pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 7.30 malam pada hari Jumaat dan Sabtu. Untuk Ahad, perkhidmatan itu dilanjutkan sehingga 22:30 malam untuk menampung mereka yang menghadiri konsert Usher itu, "katanya.

Tiket bas berharga RM35 untuk perjalanan pergi balik dari KLCC dan KL Sentral; manakala tambang RM20 untuk perjalanan sehala. Tiket dari dan ke KLIA2 ditawarkan pada harga RM12.

"Peminat juga boleh membeli tiket bas di kiosk khas di KLCC, KL Sentral, KLIA 2 dan di Litar Sepang. Peminat boleh juga membuat pra-pembelian tiket di stesen LRT Putra Heights, KLCC dan KL Sentral.

Perlumbaan F1 di Sepang dijangka menarik lebih daripada 100,000 peminat pada hujung minggu dan ini membuatkan perjalanan dengan pengangkutan awam pilihan yang bijak bagi orang ramai.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...