Monday, September 19, 2016

Tindakan Jeff Ooi Adalah Cerminan Sikap Pemimpin DAP Terhadap Melayu & Islam @razlanrafii


Tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan rakan-rakan DAP yang menghina pemergian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din membuktikan sekali lagi parti tersebut mempunyai pemimpin kanan yang mempunyai kebencian terlampau terhadap orang Melayu.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, kebencian itu bukan hanya di dalam diri mereka, malah disuarakan secara terang-terangan.
“Setiap kali mereka mencaci orang Melayu, pasti akan ada pemimpin DAP yang meminta maaf bagi pihak mereka dan setiap kali itulah tidak akan ada apa-apa tindakan daripada parti mereka. Malah yang menghina orang Melayu akan dianggap sebagai wira.

“Pemimpin seperti Teresa Kok, Nga Kor Ming dan Jeff Ooi akan terus dihormati. Manakala agenda DAP untuk mematikan semangat kaum Melayu akan diteruskan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Razlan, yang pastinya, Jeff Ooi dan DAP akan terus dengan agenda mengikis tembok kesucian agama Islam dan adat resam orang Melayu tanpa menjaga sensitiviti pelbagai kaum di negara ini.

Sementara itu, sebanyak tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang menghina kematian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...