Full Width CSS

Contengan Di Dinding Rumah Memberi Maksud tertentu Kepada Perompak


Jangan Pandang Remeh Code Contengan Di Dinding Pagar Rumah

Pernahkah anda melihat tulisan atau contengan di dalam sesebuah bangunan atau pun pagar rumah, tanpa anda sedari sebenarnya itu bukanlah tulisan kosong atau hasil seni lampiasan orang yang tidak berpuas hati.

Namun tahukah anda sebenarnya tanda itu memiliki makna tersembunyi yang hanya akan di fahami oleh perompak atau penyamun.

Rumah atau pagar yang diberi tanda seperti itu adalah merupakan mangsa seterusnya.Code yang di conteng di dinding tersebut merupakan salah satu cara perompak berkomunikasi sebagai bahasa isyarat yang menggambarkan keadaan rumah tersebut.

Seorang pengguna media sosial mengakui bahawa tanda di atas pernah tertulis di dinding pagar rumahnya, seminggu selepas tulisan itu ada, rumahnya pun kena rompak.

Lebih mengejutkan lagi rompakan itu bukan dilakukan pada waktu malam tetapi ianya berlaku pada siang hari ketika beliau bekerja.


Apabila anda melihat coretan seperti di atas di sekitar kawasan rumah anda, sebaiknya padam dengan cepat, seterunya anda harus meningkatkan penjagaan untuk berjaga jaga.

Post a Comment

0 Comments