Tuesday, October 18, 2016

Kos Pengajian Di Malaysia Hampir Percuma


Kos pendidikan di Malaysia hampir percuma berikutan usaha kerajaan memberikan pelbagai bantuankepada para pelajar, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata yuran pengajian di negara ini juga masih murah berbanding dengan universiti di negara lain. 

"Jika kita banding kos untuk bidang perubatan, tahunan ialah RM60,000, tetapi hanya lima peratus daripada kos itu ditanggung oleh pelajar-pelajar perubatan," katanya menjawab soalan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menyemak semula yuran akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi mengurangkan bebanan kos pelajar pada persidangan Dewan Rakyat.

Malah, katanya, pelajar di negara ini menerima pelbagai bantuan pendidikan termasuk daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membiayai lebih 200,000 pelajar dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

Dalam pada itu, beliau berkata perbezaan yuran pengajian bagi kursus yang sama ditawarkan di universiti-universiti awam ketika ini adalah kerana ia ditentukan oleh pihak pentadbir universiti berkenaan.

Katanya universiti awam yang dianugerahkan status autonomi boleh meletakkan kadar yuran pengajian masing-masing.

"Bagaimanapun, saya telah buat pengumuman bahawa setiap universiti supaya tidak menaikkan yuran untuk ijazah pertama, ini arahan yang telah saya keluarkan, dan kita lihat tiada peningkatan yuran," katanya.

3 comments:

  1. Ya betul. Hati-hati apabila ambil pinjaman MARA untuk belajar luar negara. Kalau lulus cemerlang ok. Tapi kalau gagal atau lulus biasa. Menanggung hutang sampai akhir hayat. Lebih baik belajar dalam negara.

    ReplyDelete
  2. Betul tu tetapi kenapa ada PPTN.? Dengan penambahan hasil negara sebanyak 50b drp Gst dan juga 30b drp penarikan subsidi minyak sepatutnta tiada masaalah untuk kerajaan tetapi kenapa banyak peruntukan dikurangkan dan ada yg ditarik balik ?

    ReplyDelete
  3. Pelajar mara yg belajar diluar negara sekarang hanya perlu membayar mengikut keputusan peperiksaan. Mereka hanya dikenakan pembayaran penuh jika tidak menghabiskan pembelajaran mereka. Maksimum pembayaran balik hutang adalah 150k berbanding jumlah penuh ada yg menjangkau 1.5m. tidak ada sebab bagi mereka untuk score melaikan jika tidak menumpukan sepenuh masa mereka untuk belajar.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...