Full Width CSS

KPT Jawab Tohmahan Tak Bertanggungjawab Di Media Sosial


Semua pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di luar negara akan menerima elaun sara hidup selewat-lewatnya Jumaat ini.

Jaminan itu diumumkan dalam Twitter kementerian berkenaan semalam, tiga hari selepas Bahagian Biasiswa KPT mengeluarkan surat memaklumkan kelewatan pembayaran elaun sara hidup kepada pelajar terbabit berikutan beberapa masalah teknikal.
"Kementerian memberi jaminan bahawa semua pelajar tajaan KPT di luar negara akan menerima elaun sara hidup masing-masing minggu ini, selewat-lewatna pada 7 Oktober," menurut kenyataan terbaru kementerian itu.

Dalam surat pengumuman kelewatan pembayaran bertarikh 30 September lalu yang ditandatangani Setiausaha Bahagian Biasiswa, Aidawati Misdar bagi pihak Ketua Setiausaha KPT, pelajar akan menerima elaun berkenaan pada 14 Oktober ini.

Berikutan itu, media mellaporkan rintihan pelajar tajaan KPT di luar negara yang endakwa terpaksa menanggung banyak implikasi, termasuk bayaran buanan, sewa rumah pelbagai bil utiliti dan insurans kenderaan

Post a Comment

0 Comments