Full Width CSS

Tiada Kenaikan Tol, Ini Buktinya !


Hari ini dan semalam, kita lihat banyak betul berita² yang tidak sahih bertebaran dalam Facebook, What'sApp dan pelbagai lagi medium media digunapakai bagi memastikan rakyat berasa panik.

Bagaimana saya mengetahui ianya adalah fitnah tanpa menunggu pemakluman ataupun penafian daripada pihak² tertentu?

Meh saya ajarkan.


Ini adalah contoh mesej yang kita kerap terima mengenai berita 'kenaikan' harga tol.

1. Korang copy atau taip semula beberapa patah perkataan yang ada rasakan ianya adalah keyword penting dalam 'berita' di atas.

Contoh :
"Kadar tol di sepanjang beberapa lebuh raya utama akan naik antara RM1 dan RM8.70 dari.."

2. Buka Google


3. Paste atau tampal perkataan² tersebut pada search engine tersebut 


4. Korang akan dapat hasil sebegini.


Terdapat 2 hasil pencarian keyword yang sama. Kedua² nya artikel tersebut dijumpai dari laman web media massa Astro Awani dan Sinar Harian.

Capaian kedua² artikel tersebut dipaparkan pada tarikh yang sama iaitu pada 12 Oktober 2015. So ianya bermaksud artikel panjang lebar yang kita terima menerusi laman media sosial hari ini dan semalam merupakan salinan semula artikel lama atau dalam bahasa pasarnya adalah COPY & PASTE.

Apa tujuannya mereka berbuat demikian?

Inilah yang dikatakan PERSEPSI. Ianya sengaja ditimbulkan kembali bagi memastikan rakyat berada dalam keadaan panik, geram dan marah terhadap pemerintah khususnya kerajaan Persekutuan, Barisan Nasional.

Dalam masa yang sama mereka cuba untuk menanam perasaan negatif kalangan orang ramai supaya rakyat beranggapan tidak baik terhadap #Bajet2017 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak kelak.

Semuanya di hujung jari korang je. Cuma malas ataupun tidak jer nak buat research tu.

Post a Comment

2 Comments

  1. Sudah masak dgn berita yg mengelirukan dan menyusahkan semacam nie.. Akan tetapi masih terlalu ramai yg suka sebar perkara persepsi.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..