Full Width CSS

Transformasi Sistem Pengangkutan Awam Darat Penuhi Keperluan Rakyat - @NajibRazak #RapidKL


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus menangani keperluan pengangkutan awam secara holistik dan inklusif di bandar atau luar bandar.

Perdana Menteri berkata ini bagi memastikan ia kekal relevan, seiring dengan keperluan rakyat dan setanding standard negara maju.
Beliau berkata transformasi sistem pengangkutan awam darat negara mencatat kemajuan yang boleh dibanggakan selaras dengan pencapaian signifikan yang diraih menerusi pelaksanaan Program Transformasi Negara (NTP). 

Najib berkata demikian melalui catatan dalam laporan Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015 yang dilancarkannya sempena Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, penambahbaikan pengangkutan awam darat yang kini sudah mula menampilkan impaknya di seluruh negara, mungkin tidak dapat tercapai sekiranya tiada keberanian untuk berdepan dengan beberapa persoalan introspektif sebelum memulakan NTP.


Najib berpendapat pengangkutan awam yang mantap menjadi perkara asas untukmenyokong pertumbuhan sosioekonomi bagi meningkatkan taraf hidup, produktiviti,pelaburan dan penciptaan pekerjaan bernilai tinggi untuk kesejahteraan rakyat.


Post a Comment

0 Comments