Full Width CSS

[Video] Fakta Projek #LRT3 Yang Perlu Anda Tahu #RapidKL @NajibRazak @AzmiAziz60


Umum kita semua ketahui, projek pembinaan LRT 3 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak pada 24 Ogos 2016 bersaksikan kepimpinan kerajaan, negeri serta Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan orang awam yang turut serta.

Sepanjang laluan LRT 3 kelak, terdapat 5 buah stesen integrasi yang direka untuk memastikan ianya memudahkan, bersesuaian dan bertepatan dengan perjalanan yang baik untuk menghubungkan penumpang menerusi jajaran sistem rel sedia ada.

• Stesen 1: Integrasi di MRT Bandar Utama
• Stesen 7: Integrasi di Kelana Jaya Line
• Stesen 10: Integrasi di BRT Federal Line
• Stesen 13: Integrasi di BRT Federal Line
• Stesen 20: Integrasi di KTM Komuter Port Klang Line


Ini bermakna, laluan LRT3 ini akan mempunyai stesen integrasi dengan perkhidmatan rel lain iaitu MRT, LRT Kelana Jaya Line, BRT dan juga KTM Komuter. Ini akan membuat perjalanan pengguna menjadi 'seamless' dan lebih mudah.

Usaha kerajaan Barisan Nasional dan RapidKL ini membuktikan bahawa kerajaan amat prihatin akan keluhan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat kebelakangan ini. Jika dilihat dari laluan LRT 3 ini, sebenarnya kerajaan telah mendengar dan merealisasikan permintaan penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang yang mahukan perkhidmatan rel yang lebih efisyen di kawasan mereka.


Perdana Menteri mendengar serta memahami denyut nadi rakyat bahkan di negeri Pembangkang sekali pun. Namun Pembangkang tetap menuduh DS Najib Razak sebagai seorang pemimpin yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat.

Walaubagaimanapun sekalung tahniah diucapkan kepada Prasarana dan barisan kepimpinan yang diterajui oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz.

Tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Perdana Menteri dan kerajaan untuk memastikan projek LRT 3 ini berjalan dengan baik adalah merupakan kepercayaan terhadap kelancaran dan mutu perkhidmatan yang terbaik disediakan pihak Prasarana kepada pengguna mereka hari ini.

Melihat kepada kejayaan projek LRT 2, kita percaya dan yakin keseluruhan pasukan Prasarana akan memastikan projek LRT 3 ini siap on schedule, on time and with quality.





Maklumat lanjut, boleh buka laman web rasmi LRT3.

Post a Comment

1 Comments

  1. Upgrade pengangkutan bas dulu. Apa guna pengangkutan rel yg bagus tanpa ada sokongan drp perkhidmatan bas. Pengguna terpaksa juga naik kenderaan sendiri untuk kestesen rel. Elok gantikan Syed Hamid tu dengan orang muda yg lebih kreatif dgn teknologi dan idea terkini. Jangan jadikan jawatan diSPAD sebagai jawatan politik.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..