Wednesday, November 30, 2016

Mulai 1 Dis 2016, Penumpang Aliran Ampang Tak Perlu Tukar Tren Di Chan Sow Lin #RapidKL


Bermula Khamis ini, para penumpang RapidKL Laluan Ampang tidak perlu menukar tren di stesen Chan Sow Lin untuk meneruskan perjalanan ke Sentul Timur.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Rail Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata, laluan Sri Petaling - Ampang sepenuhnya akan menggunakan tren enam gerabak kenderaan rel ringan (LRV) sekali gus menamatkan perkhidmatan kereta api lama.
“Tren yang diberi nama Amy sebahagian daripada 50 set LRV keluaran CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co. (CSR) itu digunakan untuk berkhidmat di laluan Sri Petaling - Ampang termasuk 11 stesen baharu yang dibina dibawah projek penyambungan landasan (LEP).

“Sememangnya, kami berhasrat untuk mengurangkan masa menunggu setelah mempunyai kesemua 50 tren baharu tahun depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...