Tuesday, November 15, 2016

Polis Berjaya Berkas Suspek Gangguan Seksual Dalam LRT


SUSPEK GANGGUAN SEKSUAL BERJAYA DIBERKAS

Pasukan Unit Tindakan Khas (SAT), Polis Bantuan Prasarana telah berjaya menahan suspek yang disyaki telibat dalam jenayah gangguan seksual seperti yang telah diviralkan menerusi media sosial.

Suspek yang berusia lingkungan 44 tahun telah ditahan pada jam 11.15pagi hari ini oleh anggota Polis Bantuan Prasarana sewaktu berada di dalam bas Rapid KL Laluan 770 dari Subang Mewah menuju ke Pasar Seni. Suspek kemudianya dibawa ke pejabat SAT untuk proses dokumentasi dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategi Prasarana, En Lim Jin Aun berkata, mangsa juga telah dimaklumkan mengenai penahanan suspek.Tangkapan ini dibuat susulan laporan yang dibuat oleh pengadu pada 8 November 2016 yang mendakwa telah diganggu seorang lelaki di dalam LRT dan isu ini telah mendapat liputan luas di dalam media sosial.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek.Rapid KL selalu operator kepada perkhidmatan LRT, Monorel, BRT dan bas di Lembah Klang komited menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang", tambah Lim lagi.

Sekiranya penumpang terlihat atau menjadi mangsa jenayah sila laporkan dengan kadar segera kepada anggota Polis Bantuan kami yang bertugas di stesen. Kerjasama dari pengguna amat kami hargai bagi membanteras jenayah di Kuala Lumpur khususnya dalam pengangkutan awam.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...