Thursday, December 29, 2016

5 Tempat Terkini Yang Menarik Dilawati Di Kuala Lumpur 2017


Musim cuti sekolah, ramai antara kita terutama warga kota keluar daripada bandar menuju ke kawasan² luar bandar untuk menerokai tempat² baru dan menarik buat seisi keluarga. Ada yang juga yang mempunyai lebihan sumber kewangan dan melancong ke luar negara.

Tapi bagi mereka yang hanya mempunyai masa hujung minggu bersama keluarga, bolehlah cuba ke 5 tempat yang disenaraikan ini.



1. MRT FASA 1 (Sg. Buloh - Semantan)



Mass Rapid Transit (MRT) Fasa 1 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak pada 16 Disember 2016 dan telah dibuka secara percuma kepada orang ramai selama sebulan sehingga 17 Januari 2017.

Perjalanan sejauh 21 kilometer (km) dari Sungai Buloh ke Semantan, melalui Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara.

Setiap perjalanan MRT boleh membawa 1,200 penumpang dalam empat gerabak, dengan perjalanan dari Sungai Buloh ke Semantan mengambil masa setengah jam dan perjalanan sebaliknya.

Sistem operasi MRT dan keselamatannya memenuhi standard antarabangsa. Bakal mencapai sasaran 160,000 pengguna MRT dalam sehari.


Laman web rasmi : MRT Corp


2. MUZIUM KESENIAN ISLAM



Dibina oleh hartawan bumiputera, Tan Sri Syed Bukhari, muzium seni Islam ini bukan sahaja yang terbesar di Asia Tenggara. Tapi dianggap sebagai muzium terbaik di Malaysia.

Terletak di Taman Tasik Perdana, muzium yang serius mendamaikan ini ada lebih 7,000 artifak dan sebuah perpustakaan yang memuatkan buku-buku berkenaan kesenian Islam dari seluruh dunia.

Antara artifak yang dipamerkan termasuklah model masjid-masjid di seluruh dunia, termasuk Masjidil Haram di Mekah dan kitab suci Al-Quran bersaiz sebesar ibu jari anda. Ya! Jangan tak percaya!

Jika Muzium Islam luar negara banyak menumpukan seni dari Parsi atau Timur Tengah, muzium persendirian ini pula menekankan hasil seni orang Islam dari sebelah Timur — seperti dari India, China dan negara-negara Asia Tenggara.

Pendek kata, muzium ini wajib anda kunjungi. Kalau yang bukan Islam pun datang dan kagum, malu lah jika anda yang Islam cuma melawat kedai kasut sahaja sepanjang di Kuala Lumpur.

Laman web rasmi : Muzium Kesenian Islam


3. MASJID NEGARA & MAKAM PAHLAWAN


Dibina di kawasan seluas 13 ekar, Masjid Negara ini melambangkan semangat perpaduan dan toleransi rakyat Malaysia. Ia telah direka oleh orang Melayu, dibina oleh orang Cina dan India, dan dibiayai oleh sumbangan umat Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

Dibina di antara 1963 dan 27 ogos, 1965, Masjid Negara dianggap simbol keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh menampung seramai 15,000 jemaah.

Bukan Islam tidak boleh memasuki dewan utama. Pelawat boleh menggunakan jubah disediakan di kawasan pelancongan sebelum memasuki Masjid Negara.


Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara sebagai tempat khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa hidup mereka. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.

Kawasan makam yang unik ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam dilitupi dengan kubah konkrit yang berbentuk bintang pecah sebanyak tujuh yang menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini mempunyai penjuru yang setiap satunya hampir mencecah tanah serta dikelilingi kolam yang memisahkan kawasan luar. Di bahagian tengah pula direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga-bunga daripada batu marmar dari Pulau Langkawi. Bahagian tengah bumbung kubah dihiasi dengan hiasan bunga mawar berwarna emas.

Pada tahun 1973, Tun Dr. Ismail menjadi orang yang pertama dikebumikan di sini.

Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara pada 6 Julai 2007. Majlis pemasangan plak pengisytiharan tersebut telah diadakan pada 30 April 2009.

Laman web rasmi : Masjid Negara


4. GLASS BOX MENARA KUALA LUMPUR


Menara Kuala Lumpur terus mengorak langkah dalam usaha menarik kunjungan pelancong dalam dan luar negara apabila memperkenalkan satu lagi produk baharu, iaitu 'Sky Box at Sky Deck'. Orang ramai berpeluang berdiri dalam kotak kaca pada aras ketinggian 300 meter dari aras tanah, sekaligus melihat pemandangan ibu kota pada skala 360 darjah.

Sky Box terletak di Sky Deck iaitu di pelantar terbuka Menara KL. Pengunjung berpeluang bergambar dalam kotak kaca ini yang mana mampu menampung enam orang dalam satu-satu masa.

Aspek keselamatan yang menjadi perhatian awam disebabkan ketinggian Sky Box berkenaan. Ciri-ciri keselamatan amat dititikberatkan dan kawalan juga sentiasa dibuat sepanjang masa memastikan setiap SOP diikuti.

Pembinaan struktur tambahan ini juga dibuat dengan melakukan kajian termasuk melibatkan arkitek asal yang membina menara ini dalam masa sama penyelenggaraan akan sentiasa dibuat


Antara tarikan terbaru juga adalah 'rumah terbalik' atau dikenali Upside House Down yang telah dibuka kepada pengunjung Menara Kuala Lumpur dan terletak di kawasan lapang.

Laman web rasmi : Menara KL


5. BANGLO DISNEYLAND AMPANG


Kedudukan unik banglo yang terletak di celah² rumah rakyat marhein di Ampang ini menarik perhatian ramai. Menurut pemiliknya, Dato' Adam Rosly yang merupakan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Ampang, rumah tersebut dimiliki hasil daripada lelongan pihak bank yang tawaran harga RM 1 juta.

Umum diberitahu bahawa harga rumah tersebut bernilai RM 7 juta dan ianya agak mustahil bagi seorang anak muda yang hanya berkelulusan SPM saja boleh memiliki rumah semahal begitu. Netizen juga turut mempersoalkan berapa banyak duit yang beliau miliki sekiranya tidak membuat pinjaman perumahan daripada bank ataupun membayar deposit terlebih dahulu untuk memiliki rumah tersebut.

Mengulas lanjut mengenai kekayaan luar biasa beliau miliki termasuk dengan beberapa buah dan jenis kereta mewah, beliau mendakwa ia merupakan hasil titik peluhnya selama ini dan beliau juga mendakwa sudah ramai anak muda bergelar jutawan hari ini.



Ketua AMK Ampang ini juga turut mempersoalkan mengapa orang ramai sibuk nak ambil tahu urusan peribadinya walhal ianya tidak sepatutnya dibahaskan. Beberapa pihak juga turut bertanyakan apakah 'resepi' kekayaannya sehingga boleh bergelar jutawan.

Namun sehingga kini, persoalan tersebut tidak dijawab. Kali terakhir Dato' Adam Rosly dikesan di sebuah pulau di Terengganu.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...