Monday, February 29, 2016

Tabung Haji Buat Laporan Polis Terhadap Fitnah Dari Pemimpin PKR


Rasanya mungkin pihak Tabung Haji dah malas nak melayan dakwaan berunsurkan fitnah daripada Rafizi Ramli, maka satu laporan Polis dibuat untuk memastikan dakwaan fitnah ini dibawa ke muka pengadilan.

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini sekali lagi menafikan tuduhan TH memberi jaminan korporat (corporate guarantee) kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

TH meminta Ahli Parlimen Pandan untuk menamakan bank yang memberikan pinjaman kepada THHE dengan surat jaminan korporat TH seperti yang didakwa.

Pejuang Siber Pro UMNO Adalah Timbalan Presiden UMNO Yang Sebenar


Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin baru² ini selepas keputusan Majlis Tertinggi UMNO menggantung jawatan tersebut seolah² nampak seperti beliau amat berkira sangat dengan segala bakti dan jasa yang pernah dicurahkan selama memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau juga turut menggariskan beberapa jawatan yang disandang untuk beberapa kempen termasuk juga sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil (PRK) di seluruh Malaysia.

Saya tak nafikan TSMY sememangnya pemimpin yang berpengaruh namun saya tak pasti kehadiran beliau di sepanjang kempen PRK benar² mendatangkan undi kepada parti ataupun ianya hasil kerja keras jentera parti bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN). Pada pengamatan saya di setiap PRK, jentera parti bekerja siang malam bagi memastikan kemenangan kepada BN. Begitu juga pemimpin² Bahagian dari seluruh Malaysia yang berusaha ke arah kejayaan. 

Friday, February 26, 2016

Latest : Gambar Pesawat #TUDM Mendarat Cemas Di Pantai #KualaSelangor @HishammuddinH2O


Sebuah pesawat pengangkut TUDM CN235 yang berpangkalan di PU Subang telah membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada lebih kurang jam 8.50 pagi tadi.

Pesawat yang membawa lapan orang anak kapal adalah dilaporkan selamat dengan dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut.

TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. TUDM juga akan berusaha untuk membuat recovery pesawat tersebut.






Sumber : TUDM

Thursday, February 25, 2016

Rahman Dahlan Bidas World Street Journal Putar Belit Dakwaan Mereka @mpkotabelud


1. Dalam artikel terbarunya, Wall Street Journal (WSJ) sekali lagi mengesahkan agenda menentang Malaysia yang diperjuangkannya. jauh tersasar daripada standard kewartawanan lazim, WSJ terus dengan sengaja mengabaikan fakta sahih, sambil mendakwa laporannya berkaitan Malaysia tidak pernah dipersoalkan.

2. Kerap kali ditegaskan, isu 1MDB dan derma kepada Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang kaitan. Hakikat derma itu diterima dari Arab Saudi telah disahkan oleh pelbagai pihak berkuasa. Peguam Negara merumuskan, siasatan menyeluruh yang dijalankan mendapati dana itu diperoleh dari Arab Saudi. Menteri Luar Arab Saudi mengesahkan ia disalurkan oleh Arab Saudi.

Kementerian Wilayah Pertimbang Cadangan Jadikan Jalan Raya KL Sebagai Trek Lumba Motor Halal


Kementerian Wilayah Persekutuan akan mempertimbangkan cadangan untuk menyediakan laluan jalan tertentu di sekitar ibu negara sebagai trek lumba motosikal bagi mengelakkan 'mat motor' berlumba haram.

Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata ini berikutan rungutan yang pernah diterimanya sebelum ini mengatakan golongan itu lebih gemar berlumba di jalan raya berbanding litar. Sehubungan itu, katanya, jalan dan waktu tertentu mungkin disediakan untuk mat motor berlumba.

TNB Tampil Perjelas Isu KWTBB 1.6%

Wednesday, February 24, 2016

Jentera Penerangan UMNO Perlu Guna Mesyuarat Cawangan Untuk Beri Kefahaman Tentang Cabaran Semasa


Jentera penerangan UMNO perlu mengambil peluang pada mesyuarat 21,500 cawangan parti itu pada Mac dan April ini untuk memperkukuhkan perpaduan, selain memberi kefahaman mengenai perjuangan parti kepada seluruh anggota terutama dalam menghadapi cabaran semasa.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata berkata usaha itu penting terutama kepada golongan muda yang menyertai parti itu agar mereka dapat menghayati dasar dan falsafah perjuangan UMNO.

Tuesday, February 23, 2016

Flat Sri Kota Akan Dibina Tempat Parking Bertingkat ‪#‎WilayahkuCeria‬


Ketua UMNO Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar ketika berucap pada Kenduri 1Wilayah Persekutuan parlimen Bandar Tun Razak memberitahu bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membina tempat meletak kereta bertingkat di Perumahan Awam DBKL Sri Kota setelah mengambil kira kepadatan tempat parking sedia ada dan aduan daripada penduduk setempat.

Ya Allah Ringgit Kembali Baik Punya Mengukuh


Nampaknya teori 'pakar' ekonomi dunia Rafizi Ramli bahawa Malaysia akan bankrap tidak benar dan meleset sama sekali.

Teori menakut²kan rakyat ini hanya digunakan oleh wakil rakyat Pembangkang yang terdesak dan berkepentingan menjatuhkan kerajaan sedia ada saja.

Nantikan Kemunculan Perkhidmatan Baru Bas Di Kamunting #Prasarana @azmiaziz60 @NajibRazak


Rafizi Ramli Dah Tak Keruan Bila Diri Sendiri Tak Nak Ngaku Pernah Disaman


Netizen sebuah laman sosial Twitter telah berjaya memomokkan Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli apabila Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan yang disebarkan melalui Whatsapp bahawa beliau tidak pernah kalah dalam mana-mana kes saman oleh pemimpin UMNO.

Monday, February 22, 2016

Jangan Marah Dr Maza Baru Yang Baru Pertama Kali Jejak Kaki Di KLIA

Mufti Perlis yang serba tahu dan bijak serta arif ini seolah² cuba memberitahu bahawa kemudahan surau dan signage di Lapangan Terbang Bangkok lebih baik daripada KLIA.

Entah apa yang dalam fikiran dia sehinggakan isu surau pun nak dikecoh²kan. Apa hebatnya Bangkok hany sediakan satu saja surau di situ berbanding KLIA yang menyediakan banyak ruang solat untuk orang Muslim beribadat.

Rafizi Dakwa Tak Pernah Kenal Editor Sarawak Report, Habis Tu Ni Gambar Apa?


Datuk Abd Rahman Dahlan pernah mendakwa Rafizi Ramli mengenal editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown yang kerjanya 24 jam memfitnah Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Sehina² @NajibRazak, Beliau Tetap Cari Dana Bantu UMNO


Malanglah PKR tiada Presiden yang rajin cari pelabur untuk parti mereka. Inilah akibatnya bila Presiden tiada jiwa rakyat. Hanya berjuang untuk suami, si peliwat. Ada Naib Presiden bergelar anak si peliwat pun kerjanya menyalahkan orang pastu perlekehkan kerajaan. Usaha cari dana mungkin untuk poket sendiri.

Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak yang bertubi-tubi dihina setiap hari pun tak pedulikan itu semua tetap rajin pergi cari dana. UMNO bukan parti yang kerjanya tambah beban dan susahkan rakyat. Semua orang memerlukan wang untuk kegunaan sendiri.

Friday, February 19, 2016

'Duta' Kecil Israel Di Malaysia Bantah Malaysia Sertai Latihan Ketenteraan Bersama Negara² Islam


DAPig laknatullah menegaskan pendirian mereka membantah tindakan Malaysia menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar pasukan tentera ke Arab Saudi bagi mengikuti latihan bersama lebih 20 negara Islam seluruh dunia sebagai membazir dan wajar diperjelaskan kepada pembayar cukai negara ini.

Semenjak bila pula DAPig reti bercakap mengenai soal pembaziran?

Thursday, February 18, 2016

Untunglah Staf Rapid Bus & Rail Diberi Latihan Dan Graduate Dapat Diploma Pula


Sememangnya beruntung apabila seseorang tersebut dapat berkhidmat di Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kerana bukan saja syarikat ini di bawah GLC yang dimiliki kerajaan Malaysia bahkan staf mereka dapat memiliki sesuatu yang lebih terbaik di dalam hidup.

Siapa sangka walaupun ada staf sekadar berkelulusan SPM semasa memohon pekerjaan di sini, kini berkat usaha kerja yang ikhlas dan bertanggungjawab, pihak syarikat menawarkan pengajian sambil bekerja kepada staf mereka. Kini seramai 377 staf mereka menerima Diploma Lanjutan, Diploma dan Sijil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia.

Wednesday, February 17, 2016

Konvoi Berbasikal 1 Wilayah Persekutuan 2016 @realtengkuadnan @razlanrafii


Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menganjurkan sebuah program yang akan dimasukkan ke dalam The Malaysia Book of Records iaitu Konvoi Berbasikal 1 Wilayah Persekutuan 2016.

Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari yang lepas dan menariknya lagi program ini terbuka untuk orang ramai. 

Berikut butiran program.

Tarikh : 28 Feb 2016 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

• Dua jarak kayuhan berdasarkan kemampuan peserta iaitu 10km dan 40km.
• Medal dan lebih 1,000 cabutan bertuah menanti peserta.

Turut diadakan cabutan bertuah untuk semua peserta berdaftar dan hadiah utama nya adalah sebuah Proton Saga FLX diberikan secara percuma. Jom ajak kenalan untuk turut serta.

Rugi tak join !

[Video] Isu Kitar Semula : Kerajaan Tiada Cadangan Lupus Kenderaan 12 Tahun @Akaprawi


Banyak isu yang sebelum ini pernah ditimbulkan oleh Pembangkang terutamanya dan menaikkan kemarahan rakyat telah pun terjawab oleh Menteri, pihak Kementerian mahupun agensi kerajaan.

Tetapi di dalam dunia tanpa sempadan hari ini, ianya seakan roda putaran di mana isu² hangat yang lama telah digunapakai kembali oleh pihak Pembangkang semata² untuk memberi imej negatif terhadap kerajaan terutamanya.

Tuesday, February 16, 2016

Kerjasama #Prasarana & Transport for London Menguntungkan Rakyat Sebagai Pengguna @NajibRazak @azmiaziz60


Prasarana Malaysia Bhd sebentar tadi memeterai MoU dengan Transport for London (TfL) bagi membuka laluan kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pengendali pengangkutan awam itu.

TfL adalah syarikat ditubuhkan di bawah akta khas yang bertanggung jawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam merentas Greater London di United Kingdom (UK).

Friday, February 5, 2016

The Rocket Pocket Man Rampas Kembali Ranking Nombor 1 Dunia


Pernah dilanda pelbagai kontroversi dan isu kecederaan yang dianggap sangat epic dalam sejarah sukan negara, Azizulhasni Awang kini kembali menggegarkan dunia dengan merampas ranking pertama dunia dalam acara 'feberet' beliau, keirin.

The Rocket Pocket Man, ikon anak muda negara ini kini dilihat kembali fokus kepada sukan kegemarannya dan semakin hari semakin menunjukkan prestasi terbaik serta keupayaan tanpa mengenal rasa berputus asa.

Mana RM 1.2 Billion Dana Yang DAP Dapat Dari....?


RM2.6 billion bukan misteri lagi tapi kini RM1.2 billion tetap terus kekal misterinya.

Jawablah DAP !!

Jangan asyik membawa isu dalaman UMNO ke pengetahuan rakyat Malaysia, tolong telus terhadap semua orang. Beritahu pada rakyat apa cerita?

Thursday, February 4, 2016

Menteri Besar Kedah Yang Baharu Yakin Penyokong Mukhriz Akan Kembali


Datuk Seri Ahmad Bashah telah diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu dan berkuatkuasa pada 4 Feubari 2016 setelah mendapat perkenan dari Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Sehubungan itu, Datuk Ahmad Bashah berkata perlantikannya sebagai Menteri Besar adalah disebabkan perlunya perubahan dalam pentadbiran.

“Kita bukan dipaksa tapi kita minta supaya dibuat pemilihan atau ada pertukaran dari segi kepimpinan kerana ketua UMNO bahgian kita rasa perlu pm buat perubahan itu kehendak kepimpinan dan saya serta timbalan saya bersama jemaah pimpinan suarakan hasrat supaya ada perubahan dan kita mohon presiden buat perubahan ini. Itu pandangan dan kehendak pemimpin parti dan sayap UMNO dan ADUN.” katanya.

Wednesday, February 3, 2016

Penunggang & Pembonceng Motosikal Terus Mencatatkan Jumlah Kematian Tertinggi Saban Tahun - @AKaprawi


KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2016  PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2016 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diadakan pada hari ini, 03 Februari 2016, merupakan aktiviti tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tujuan mengadakan kempen ini adalah untuk memberi peringatan serta menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya semasa meraikan hari perayaan ini.

Macai Pembangkang Kata #MyBeras 20kg Tu Boleh Tahan 3 Hari Jer @NajibRazak


Kejadahnya bantuan #MyBeras 20kg untuk keluarga miskin yang diumumkan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak ketika berucap di program Pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya dikatakan tidak mencukupi.

Tuesday, February 2, 2016

#FeriSekolah Tiada Lagi Trak Tentera Bawa Pelajar Sekolah #Bajet2016 #JanjiDikota @HishammuddinH2O

Warga ATM menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Pertahanan Dato' Sri Hishammuddin Hussein di atas keprihatinan beliau mengenai risiko dan ketidakselesaan yang terpaksa dihadapi setiap hari buat pelajar² sekolah dari kalangan anak² tentera.

Kehidupan sebagai seorang pelajar bagi anak² tentera tidak seperti para pelajar sekolah di luar kem tentera yang pergi dan pulang dari menuntut ilmu menggunakan bas sekolah yang jauh lebih selesa berhawa dingin dan diyakini selamat.


Menerusi pembentangan Bajet 2016 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun lepas oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sejumlah RM17.304 bilion untuk Kementerian Pertahanan bagi menambahbaik kos Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan.

Dalam kenyataan media DS Hishammuddin berhubung Bajet 2016 yang diumumkan, ternyata pihaknya dan warga ATM gembira dan menyambut baik meskipun negara sedang berhadapan dengan keadaan ekonomi yang mencabar, namun agenda-agenda dan projek-projek pertahanan yang dirancang Kementerian Pertahanan terus mendapat mendapat pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan melalui Bajet yang dibentangkan kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...