Friday, October 28, 2016

Penjawat Awam Pro Pembangkang Berpotensi Membocorkan Maklumat Sulit Kerajaan


Sudah tidak terbilang, berapa banyak kali maklumat sulit yang sepatutnya hanya diketahui oleh Pengarah serta pegawai² tertentu dalam Jabatan kerajaan bocor keluar ke pengetahun umum dan lebih 'menyayat hati' ianya dikemukakan kepada umum oleh pemimpin Pembangkang.

Sepatutnya hal sebegini tidak harus berlaku kerana ia merupakan maklumat sulit yang boleh disalahgunakan pihak-pihak tertentu. Namun bagaimana cara kerajaan mengekang hal ini, sememangnya ia amat sukar dikekang.

Thursday, October 27, 2016

Ketua Kampong Wilayah Persekutuan Belasah Ahli Parlimen DAP


Teresa Kok kata dia dan ahli² Parlimen Pembangkang dari Wilayah Persekutuan tak tahu berkenaan program KL Car Free Morning yg telah dianjurkan oleh pihak DBKL & Kementerian Wilayah Persekutuan.

Sepatutnya seseorang wakil rakyat perlu lebih tahu berkenaan isu serta hal² yg berlaku di persekitaran terutama di KL yg kecil ini.

[Video] Muhyiddin Dulu Akui Ada Pihak Merancang Jatuhkan PM, Rupanya Dia Orangnya


Monday, October 24, 2016

Contengan Di Dinding Rumah Memberi Maksud tertentu Kepada Perompak


Jangan Pandang Remeh Code Contengan Di Dinding Pagar Rumah

Pernahkah anda melihat tulisan atau contengan di dalam sesebuah bangunan atau pun pagar rumah, tanpa anda sedari sebenarnya itu bukanlah tulisan kosong atau hasil seni lampiasan orang yang tidak berpuas hati.

Namun tahukah anda sebenarnya tanda itu memiliki makna tersembunyi yang hanya akan di fahami oleh perompak atau penyamun.

DAP Tetap Dengan Keputusan Pecat Separuh Penjawat Awam Jika Berkuasa Kelak


DAP KONSISTEN:JIKA DAP MEMERINTAH NEGARA SEPARUH PENJAWAT AWAM DIKURANGKAN. PENANG INSTITUTE MILIK DAP KATA 430 RIBU ORANG SAHAJA!

Sejak 2011, DAP melalui Tony Pua, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP MP Petaling Jaya Utara sudah menguar-uarkan jika Pakatan yang didominasi DAP Menang mereka akan mengurangkan separuh penjawat awam di negara ini.

Kenaikan Gaji Minimum Boleh Mufliskan Malaysia - Dr. Mahathir


Gaji minimum sebanyak RM1,500 telah dicadangkan oleh Pakatan Harapan dalam bajet alternatif 2017 yang diumumkan minggu lepas.

Namun pelaksanaan gaji minimum ini, jika diperhalusi adalah tidak praktikal kerana pembayaran gaji dilaksanakan mengikut produktiviti, bukannya pihak ketiga.

Friday, October 21, 2016

Warna Baju Melayu Perdana Menteri Menjadi 'Debat' Netizen #Bajet2017


Pilihan warna baju Melayu yang bakal disarung oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak yang bakal membentangkan #Bajet2017 menjadi perbualan hangat netizen seawal pagi ini.

Warna² pilihan Perdana Menteri kebiasaannya akan menyerlahkan diri beliau berbanding mereka yang lain di dalam Dewan Rakyat.

Kenyataan Media KKM Fahami Maksud Pesakit Bayar Penuh


Perkhidmatan FPP adalah singkatan bagi perkhidmatan Full Paying Patient (FPP) atau Pesakit Bayar Penuh yang telah dimulakan pada tahun 2007. Objektif utama perkhidmatan ini adalah sebagai pakej retensi bagi Pegawai Perubatan Pakar KKM dan untuk mengurangkan penghijrahan mereka ke hospital swasta, di mana kekurangan Pegawai Perubatan Pakar di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering menjejaskan pemberian perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran di hospital KKM.

Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan FPP ini bukanlah bermaksud penswastaan perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital-hospital kerajaan. Perkhidmatan penjagaan kesihatan sedia ada yang disubsidi kerajaan akan tetap diteruskan malah akan dimantapkan lagi melalui pelbagai teras transformasi sistem kesihatan oleh KKM.

Pembentangan #Bajet2017 Hari Ini Jam 4 Petang @NajibRazak


Tuesday, October 18, 2016

Transformasi Sistem Pengangkutan Awam Darat Penuhi Keperluan Rakyat - @NajibRazak #RapidKL


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus menangani keperluan pengangkutan awam secara holistik dan inklusif di bandar atau luar bandar.

Perdana Menteri berkata ini bagi memastikan ia kekal relevan, seiring dengan keperluan rakyat dan setanding standard negara maju.

Kos Pengajian Di Malaysia Hampir Percuma


Kos pendidikan di Malaysia hampir percuma berikutan usaha kerajaan memberikan pelbagai bantuankepada para pelajar, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata yuran pengajian di negara ini juga masih murah berbanding dengan universiti di negara lain. 

Friday, October 14, 2016

Tiada Kenaikan Tol, Ini Buktinya !


Hari ini dan semalam, kita lihat banyak betul berita² yang tidak sahih bertebaran dalam Facebook, What'sApp dan pelbagai lagi medium media digunapakai bagi memastikan rakyat berasa panik.

Bagaimana saya mengetahui ianya adalah fitnah tanpa menunggu pemakluman ataupun penafian daripada pihak² tertentu?

Thursday, October 13, 2016

Esok Penentuan Siapa Yang DiPertuan Agong Seterusnya


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 di Istana Negara.

Mesyuarat selama dua hari itu dihadiri semua Raja Melayu dengan diiringi Menteri Besar masing-masing.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Sabah hadir pada mesyuarat itu diiringi Ketua Menteri masing-masing.

Warga Emas Cuba Menghasut Rakyat Jangan 'Reloud' Aplikasi @NajibRazak

Wednesday, October 12, 2016

Penyalahgunaan Peruntukan Infra Air KKLW RM3.3 Bilion Hanya Di Sabah


Kes rasuah melibatkan Pengarah dan Timb Pengarah Jabatan Air (JBA) Sabah dengan peruntukan infra air daripada Kerajaan Persekutuan, khususnya melalui KKLW, hanyalah sekadar 'Tip of The Iceberg' sahaja. 

Sejak DSSA menyandang jawatan Menteri KKLW sehinggalah dipecat pada 2015, peruntukan KKLW di Sabah yang DAHULUNYA RELATIF KECIL, tiba-tiba melonjak mendadak sehingga berbillion-billion setahun.

[Video] Fakta Projek #LRT3 Yang Perlu Anda Tahu #RapidKL @NajibRazak @AzmiAziz60


Umum kita semua ketahui, projek pembinaan LRT 3 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak pada 24 Ogos 2016 bersaksikan kepimpinan kerajaan, negeri serta Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan orang awam yang turut serta.

Sepanjang laluan LRT 3 kelak, terdapat 5 buah stesen integrasi yang direka untuk memastikan ianya memudahkan, bersesuaian dan bertepatan dengan perjalanan yang baik untuk menghubungkan penumpang menerusi jajaran sistem rel sedia ada.

Tuesday, October 4, 2016

RM 3 Juta Tunai Dirampas, Pengarah & Timbalan Jabatan Air Negeri Sabah Ditahan #SPRM


Akhirnya tembelang Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib sejak 2010 terburai jua. Begitu juga Teo Chee Kong yang dulu Jurutera Bekalan Air Sabah yang kini Timbalan Pengarah ditahan SPRM.

KPT Jawab Tohmahan Tak Bertanggungjawab Di Media Sosial


Semua pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di luar negara akan menerima elaun sara hidup selewat-lewatnya Jumaat ini.

Jaminan itu diumumkan dalam Twitter kementerian berkenaan semalam, tiga hari selepas Bahagian Biasiswa KPT mengeluarkan surat memaklumkan kelewatan pembayaran elaun sara hidup kepada pelajar terbabit berikutan beberapa masalah teknikal.

TERKINI 17 Cedera Helikopter Nuri Terhempas Di Sekolah, Tawau


Sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, dekat sini, pagi tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera.

Saturday, October 1, 2016

Ada Sesiapa Sudi Viralkan Berkenaan Mahkamah AS Gugur Kes #1MDB ?


Lucu dan karut… Ia bukan sahaja kelakar malah tidak masuk akal apabila ada individu tertentu boleh memfailkan tuntutan saman konon mewakili rakyat sesebuah negara.

Perkara itu diputuskan sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang menjelaskan belum pernah berlaku dalam sejarah perundangan moden lebih seabad seseorang boleh menyaman bagi pihak seluruh rakyat negaranya sendiri.

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...